Seperti yang kita tahu, tepung beras merupakan tepung yang mana ia diproses daripada beras yang dikisar.
Tepung beras tidak sama seperti tepung gandum atau tepung pulut kerana ianya menggunakan bahan asas yang berbeza.
Menjadi kebiasaan jika kita hendak beli tepung beras, sudah tentu kita melihat pada tulisannya yang tertera “tepung beras” dan nampak sahaja cap gajah, terus beli.
Kemudian tiba waktu nak buat kuih, kuih tak menjadi walaupun kita dah ikut resepi dengan betul.
Ramai yang tak tahu dan masih tertanya tanya kenapa kuih tetap tak menjadi walau dah ikut resepi.
Ha! rupa rupanya tanpa kita sedar terdapat beberapa jenis tepung beras yang dijual di kedai. Mungkin disebabkan korang salah pilih, sebab itu kuih tak menjadi.
Tahukah anda, menurut Muhammad Asyraaf tepung beras yang selalunya kita beli biasanya diperbuat daripada Thailand dan mempunyai 3 jenis yang berlambangkan gajah.
Perasan atau tidak pada lambang gajah itu, bilangan gajah berbeza. Ini lah yang membezakan tepung beras itu sebenarnya.
Ada juga yang berlambang teratai, ini juga jenis yang berbeza.
Meh sini kita sama-sama ketahui perbezaannya supaya tak tersilap beli dah lain kali.
TEPUNG BERAS CAP 1 GAJAH
- Tepung ini sangat sesuai untuk menggoreng seperti buat adunan untuk goreng pisang, keledek, keladi, cempedak, adunan gorengan ikan seperti goreng mamak, goreng berempah.
- Tepung ini sangat rangup dan sesuai untuk rempeyek atau tumpi kacang hijau atau dhall
TEPUNG BERAS CAP 3 GAJAH
- Yang ini pula sesuai untuk kuih tradisional seperti kuih koci, kuih apam beras eno dan macam macam lagi.
- Ianya menghasilkan kuih yang berkilat dan lembut.
TEPUNG BERAS CAP 5 GAJAH
- Sesuai untuk membuat pebagai jenis mee contohnya mee laksa
- Ianya lebih kental
TEPUNG BERAS CAP TERATAI
- Sangat sesuai untuk membuat rempeyek dan apam
- Jika digunakan untuk membuat apam, rasa tepungnya kurang
- Jika digunakan untuk membuat rempeyek dan tumpi , hasilnya akan menjadi sangat rangup
Jadi lepas ni jangan salah pilih lagi ya! hehehe..
Follow YOY Network di laman Instagram untuk pelbagai info dan video menarik!