Setiap pasangan yang sudah mendirikan rumah tangga sudah pastinya menanti kehadiran cahaya mata dengan penuh sabar.
Namun, tak semua pasangan diberikan ‘rezeki’ untuk hamil sejurus selepas kahwin (bunting pelamin) dan terdapat pasangan yang perlu menunggu bertahun-tahun dan melakukan pelbagai ‘alternatif’ sebagai solusi
Sekuat mana pun ‘pejuang garis dua’ cuba mennguatkan diri apabila rahim belum pernah terisi dengan zuriat, pasti ada satu detik di mana semangat itu akan runtuh sekelip mata.
Apalagi melihat rakan atau ahli keluarga sendiri yang sudah disahkan hamil.
Sama juga dengankisah yang tularbaru-baruini dimana seorang wanita yang dikenali sebagai Nureen turut tumpang gembira apabila ibunya sedang hamil anak kelapan.
“Ku sangka diri ini 2 line tapi ibuku yang 2 line tahniah mama. Baby kelapan is coming. Semoga Allah hadirkan zuriat dalam rahimku aamin.”
Bagaimana pun, wanita ini turut mempersoal mengapa dirinya tidak dikurniakan cahaya mata walaupun sudah mendirikan rumah tangga sejak awal September 2020.
“Kakak (dirinya) dah ikhtiar macam-macam tapi tak lekat pun. Kakak sedih. Kakak tak boleh mengandung ke?
“Bagi lah kakak jaga baby yang kelapan ni. Kakak nak.”
Dikatakan, Nureen pernah hamil pada Oktober 2020 namun masih belum rezekinya, kandungannya itu gugur dan wanita ini redha dengan ketentuannya.
“Bukan rezeki saya dan suami untuk membesarkan awak sayang. Patut semalam sakit perut sangat rupanya awak dah tak ada dalam rahim momi (ibu).”
Tidak dinafikan, perasaan cemburu itu hadir walaupun ianya merupakan ibunya sendiri.
Wanita ini juga mengakui dia sukar untuk mengawal emosi apabila mendapat perkhabaran tentang kehamilan ibunya itu.
“Emosi tak kawal masa tu. Saya dengan mak berjiran je. Mesti lah saya ada perasaan cemburu even dengan mak sendiri tapi jangan risau mak saya okay.”
Video yang tular di TikTok:
Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 80.1K tontonan, 2820 tanda suka, 253 komen dan 86 perkongsian di TikTok.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan agar wanita ini terus kuat dan dikurniakan malaikat kecil di dalam rahimnya. Ada juga warga netizen yang terdiri daripada ‘pejuang garis dua’ hadir di komen untuk berkongsi pengalaman dan memberi kata-kata semangat.