Connect with us

Semasa

Pawagam Tonton Dari Dalam Kereta Pertama Di Malaysia Bakal Dibuka

Di Amerika Syarikat ,menonton filem dari dalam kereta sudah pun diperkenalkan di sana sejak tahun 1933 lagi.

Namun, setelah konsep tontonan di pawagam muncul, tontonan drive-in ini semakin dilupakan.

Bakal perkenalkan tayangan filem dalam kereta pertama di Malaysia

Ekoran dari penularan pandemik COVID-19 yang melanda, syarikat M-Junction melihat permintaan untuk tayangan filem seperti ini sesuai untuk diperkenalkan kembali.

Oleh yang demikian, mereka bakal membuka pawagam tontonan dalam kereta yang pertama di Malaysia tidak lama lagi.

Pawagam sudah mula dibenarkan beroperasi bermula 1 Julai lalu selepas ditutup kerana pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Walaubagaimanapun, ada yang menyatakan kesukaran apabila perlu duduk dalam keadaan penjarakan dan berasingan.

Pawagam drive in lebih selesa ditonton bersama keluarga dan rakan

Malah, bagi mereka yang membawa anak kecil juga masih tidak dibenarkan untuk mengunjungi pawagam buat masa ini.

Jadi, pawagam drive-in ini pastinya akan memberikan keselesaan dan ketenangan untuk menonton filem bersama keluarga atau rakan tanpa perlu bimbang tentang keselamatan diri dan keluarga.

Difahamkan, Thailand yang merupakan negara pertama di Asia Tenggara yang memulakan konsep pawagam drive-in ini, mendapat sambutan yang amat baik daripada orang ramai.

Buat masa ini masih tiada pengumuman mengenai filem apa yang akan ditayangkan serta lokasi di mana pawagam drive-in ini ditempatkan.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.