Baitulmaqdis atau Jerusalem bukan ibu negara Israel.
Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) telah mengisytiharkan bahwa keputusan Amerika Syarikat (AS) yang mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel adalah sebagai keputusan yang tidak sah dan terbatal.

Di dalam satu pengundian yang telah dilaksanakan, sebanyak 128 negara termasuk Malaysia telah menolak keputusan AS itu, dengan sembilan lagi negara menyokong.