Connect with us

Semasa

“Langgar SOP. Kenapa ada kena saman, ada tunggu kertas siasatan?” Peguam Ini Jelaskan

Sejak akhir-akhir ini, kerap kali kita mendengar kes pelanggaran SOP dari golongan atau individu yang terkenal namun tidak diberikan kompaun secara terus.

Ada beberapa kes yang menjadi buah mulut netizen di laman media sosial yang didakwa sudah berminggu-minggu masih di dalam siasatan.

Kertas siasatan majlis perkahwinan Neelofa diserahkan kepada TPR

Disebabkan itu, ramai netizen mempersoalkan perbezaan layanan yang diberikan kepada kes-kes sebegini.

Untuk menjawab persoalan tersebut, seorang peguam telah berkongsi sebab berlakunya perbezaan antara diberi saman terus dan juga kes yang dibuka kertas siasatan.

Menerusi muatnaik di laman Facebook, Tuan Mufarwa Farid menjelaskan secara mudah tentang perkara ini.

Kes langgar SOP. Kenapa ada orang, kena saman direct. Tapi ada orang, kena tunggu kertas siasatan dibuka?

1) Yang pertama, ‘saman’ yang dikenakan tu bukannya saman. Tapi ia adalah kompaun. Bezanya, kompaun boleh dibayar sebelum masuk Mahkamah. Saman pula, perlu masuk mahkamah untok bayar.

2) Jadi, kenapa ada orang yang kena kompaun direct kat situ jugak? Dan, kenapa ada pulak orang yang kena tunggu kertas siasatan dibuka? Pilih bulu ke?

3) Tak.. Dia macam ni. Orang yang kena kompaun direct ni adalah orang yang melakukan pelanggaran SOP di hadapan penguatkuasa.

4) Dan yang kena buat kertas siasatan ni pula, dia melakukan pelanggaran SOP bukan di hadapan penguatkuasa.

5) Tak pakai mask masa pergi kedai, lepas tu ada pegawai polis/kesihatan nampak kita. Dia terus bagi kompaun. Kena maksimum 10k.

6) Buat majlis kahwin tak ikut SOP? Tapi takda seorang pun pegawai polis/kesihatan datang majlis tu. Jadi, tak kena la apa-apa kompaun direct.

7) Kalau lah masa tengah majlis tu, ada pegawai polis/kesihatan ambush, atau tak sengaja lalu, atau diorang dapat laporan orang awam dan datang ke majlis itu, barulah diorang boleh kena kompaun direct.

8) Jadi, pokok pangkalnya, kalau ada pegawai polis/kesihatan nampak depan mata dia yang kita langgar SOP, dia terus boleh kompaun direct.

9) Kalau dia tak nampak, atau tak ada di tempat kejadian, maka kita call lah Polis suruh datang kompaun. Contohnya,

“Hello, polis. Ni ada artis kahwin tak ikut SOP. Tolong datang sekarang.”
Lalu polis pun datang, bagi kompaun kat penganjur majlis.

10) Kalau majlis dah selesai, gambar tak jaga SOP pun tersebar. Apa nak buat?

11) Kita sebagai orang awam, report lah polis. Suruh polis buat siasatan.

12) Haaa.. Sebab ni lah polis kena buka kertas siasatan. Polis kena panggil penganjur, kena tentukan diorang ni langgar SOP yang mana, siapa yang buat, siapa yang bertanggungjawab, dan sebagainya.

13) Mudah cerita, kalau pelanggaran SOP tu sudah pun berlaku, barulah Polis buat kertas siasatan. Bukan senang-senang nak saman kalau takda bukti kukuh. Sebab penguatkuasa takda masa kejadian berlaku. Jadi, kena lah teliti betul-betul.

14) Polis tak boleh nak terus bagi kompaun direct, sebab dia takda kat tempat kejadian. Polis juga perlu teliti kesalahan yang penganjur ni buat, dengan bukti-bukti kukuh. Benda ni pun makan masa.

15) Dan, selagi takda laporan polis, selagi itulah polis tak boleh buat apa. Sebab tu, kalau kita nampak je orang tak jaga SOP, terus panggil polis. Kalau majlis dah selesai pula, terpaksalah kita buat report polis.

16) Sebagai tambahan, anggota Polis yang boleh bagi kompaun ni adalah anggota polis berpangkat Inspektor ke atas sahaja.

17) Bawah daripada tu, tak boleh. Kalau kena kompaun dengan pegawai rendah daripada Inspektor, kompaun tu tak valid. Kita takkan dikompaun atau disaman di Mahkamah.

18) Jadi, jelas kan kenapa ada orang kena saman direct, ada orang kena tunggu kertas siasatan dibuka?

19) Sekali lagi diulang, beza antara dua kes itu adalah, yang direct sebab penguatkuasa nampak. Yang tak direct sebab penguatkuasa tak nampak. Sekian.

"Your favorite story, whatever it might be, was written for one reader." Brian Bloom, 5 to 7.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.