Jasa bakti dan pengorbanan guru dalam usaha memperkasa pendidikan dan mendidik para pelajar untuk membangun anak bangsa, sebagai generasi yang kelak akan menjadi peneraju serta pemimpin negara masa hadapan, sentiasa dihargai.
Meskipun guru yang mengajar kita telahpun meninggal dunia, namun setiap nasihat dan tunjuk ajar mereka yang tidak pernah jemu tetap kita kenang.
Berikutan kisah yang sama boleh dikaitkan dengan sebuah video perkongsian tular dimana sekumpulan pelajar SPM yang telah menamatkan peperiksaan, melawat ‘rumah baru’ guru kesayangan mereka.
Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @azeemiskndr, kelihatan mereka dalam perjalanan menuju ke sebuah tanah perkuburan.
Walaupun sudah terpisah oleh ajal, namun kasih sayang mereka masih lagi utuh sehingga mereka sanggup pergi ke pusara gurunya itu setelah habis menjawab peperiksaan.
Dapat juga kita lihat mereka sedang menghadiahkan bacaan doa buat gurunya itu.
Susulan dari itu, terdapat penjelasan yang tertulis di ruangan komen oleh seorang anak murid guru tersebut sebab mengapa mereka terlampau sayang akan arwah guru yang dikenali sebagai Cikgu Normala.
“Kami sayang sangat cikgu tu banyak bagi semangat dekat budak kelas belakang macam kami ni, banyak bagi tips macammana nak berjaya, banyak nasihat dia bagi” – komen salah seorang anak murid Cikgu Normala.
Video tular di laman Tiktok:
Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 811.3K tontonan, 128.6K tanda suka, 2655 komen dan 1205 perkongsian di aplikasi TikTok.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen mengkui turut berasa sebak dan dalam masa yang sama memuji tindakan sekumpulan pelajar ini.
Bukan itu sahaja, para netizen juga turut menitipkan doa agar roh arwah Cikgu Normala dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.
Antara komen warga netizen:
“Arwah cg mesti berbangga ada anak murid mcm kalian. Terbaik anak muda. Jgn terlibat dgn benda2 yg x elok. Ingat pesan cikgu.”
“MasyaAllah…bangganya saya kalau dpt anak murid mcm uols…syabas semua…moga Allah tempatkan roh cikgu dlm kalangan org2 solehin…”
“Teruskan jadi anak-anak yang baik akhlak, Belajarlah adab, baru ilmu”