KLCC merupakan salah satu destinasi yang wajib dikunjungi oleh para pelancong. Selain keunikan bangunan Petronas Twin Tower, KLCC turut menyediakan pusat membeli belah yang terdiri daripada pelbagai jenama antarabangsa yang sering menjadi tumpuan ramai terutama pelancong dari luar.
Rata-rata rakyat Malaysia sudah sedia maklum mengenai tandas yang berharga RM2 di KLCC. Kebiasaanya bagi sesetengah pengunjung tempatan, mereka sanggup naik ke tingkat atas atau berjalan jauh ke tandas yang berhampiran surau kerana di sana ada menyediakan perkhidmatan tandas yang percuma.
Tandas RM2 di KLCC
Menerusi satu hantaran yang dimuat naik oleh man_zang di laman TikTok, sekumpulan pelancong Korea pada mulanya berasa terkejut kerana terjumpa papan tanda tandas yang perlu dibayar walaupun di dalam pusat membeli-belah.
Papan tanda tandas yang berharga RM2 atau dinamakan ‘tandas perdana’ menjadi tanda tanya kepada mereka bagaimana tandas tersebut sehingga perlu membayarnya.
Oleh kerana ingin tahu apa bagaimana tandas berharga Rm2 itu, mereka telah cuba masuk ke dalam tandas dan merasai pengalaman mengunjungi tandas tersebut.
Bagi mereka, sebenarnya berbaloi untuk membayar RM2 selepas salah seorang daripada mereka menyatakan bahawa kebersihan dan keselesaan tandas tersebut amat memuaskan hati.
Rasa macam nak rehat dalam tandas
Malah, ada yang berpendapat tandas itu sangat selesa sehingga dia rasa mahu berehat di dalam tandas tersebut.
Salah seorang daripada mereka kemudiannya mendapati bahawa tandas tersebut menawarkan lebih daripada tisu biasa, mereka turut disediakan dengan tisu berkualiti tinggi berserta losyen tangan percuma.
Para pelancong Korea tersebut akhirnya berpuas hati dan menghargai persekitaran yang bersih serta berbau harum yang ditawarkan oleh tandas berharga RM2 tersebut.
Sementara itu menerusi ruangan komen, ramai warga maya turut memberikan pelbagai reaksi dan komen mereka mengenai tandas premium tersebut. Antaranya :
“Tandas disitu antara tandas terbersih dan secara jujurnya saya tidak kisah untuk membayarnya.”
Video yang tular di laman TikTok :