Tidak dinafikan, penggunaan duit takpa tunai seringkali digunapakai oleh individu zaman kini kerana ianya lebih mudah malah mengurangkan risiko duit hilang, tercicir ataupun dicuri.
Bahkan, jika kita pergi ke restauran atau mana-mana kedai, pasti akan terpampang QR Code ataupun penerimaan kad kredit/debit untuk pembayaran.
Pun begitu, masih ada segelintir kedai yang tidak menggunakan kaedah tersebut dan hanya menerima tunai sahaja atas faktor-faktor tertentu.
Seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang pelanggan di Warung Roti Canai John / Mizan Corner, dia berkongsi cerita bagaimana dia terlupa untuk menyediakan duit tunai/cash dan mengalami kesulitan semasa sesi pembayaran kerana warung tersebut tidak menerima cashless mencuri perhatian ramai.
Tidak cukup dengan itu, dia juga terkejut dengan layanan yang diberikan oleh peniaga terbabit.
“Pagi tadi, pergi sarapan dekat warung roti canai. Layanan staf sangat baik. Makanan sampai serious cepat. Waktu nak bayar, aku terlupa yang aku tak ada cash. Dalam wallet cuma RM5. Harga dia RM10. Aku minta maaf dan tanya boleh transfer ke atau QR?”
“Nak tahu apa staf dia cakap? Dia cakap, ‘akak jangan risau. Ambil kertas ini, nanti akak boleh keluarkan duit dan bayar bila-bila. In case akak sibuk dan tiba-ttiba terlupa, saya halalkan, jangan risau’ itu dia cakap,” katanya
“Mereka baik, makanan sedap. Banyak tempat parking sebelah dia adan ada taman rekreasi sambil makan tennang menghadap. Rakyat Malaysia ni baik sangat sebenarnya,” ceritanya lanjut.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen tidak menyangka reaksi baik yang diberikan oleh peniaga tersebut.
Antara komen warga maya:
Perkongsian yang tular: