Pada era yang serba moden ni, kita dah tak perlu dah nak berjalan atau start enjin kereta untuk keluar pergi beli makan. Semuanya di hujung jari. Tinggal buka phone dan klik sahaja apa yang mahu dimakan.
Tambah-tambah lagi sekarang ni semuanya terlalu kuat dan sibuk bekerja sehingga tak sempat dan tiada masa nak keluar. Jadinya, order je lah dekat apps kan? Lebih mudah dan pantas.
Bagaimanapun, tular baru-baru ini di mana seorang wanita telah memesan nasi kerabu beserta nota khas, namun lain pula jadinya secara tidak langsung membuatkan warganet terpinga-pinga.
Menurut wanita bernama Norma ini, dia sedikit kecewa apabila pesanan khas yang ditulisnya di kotak nota seolah-olah tidak diendahkan oleh pihak restoran tersebut.
Menerusi video yang dikongsikan di TikTok itu, Norma memesan “taknak sayap”, memaklumkan yang dia enggan menerima bahagian ayam berkenaan.
Pun begitu, dia masih menerima bahagian ayam tersebut. Kata sesetengah warganet, mungkin pekerja restoran tersebut salah baca. Yang lebih kelakar, ayam yang diberikan turut kelihatan sedikit hangus!
“Dan hang dah tulis besaq-besaq, taknak sayap. Tapi yang hang dapat..
“Punca punca dok tulih panjang panjang dan besar besar dan ulang ulang,” luahnya menerusi video yang dimuat naik.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata bersependapat mengatakan mungkin pekerja itu tidak memahami perkataan ‘sayap’ yang dimaksudkan.
Malah, ada juga yang akui sedikit kekok apabila melihat wanita ini menggunakan perkataan sayap kerana kebanyakan daripada kita memanggil bahagian ayam tersebut adalah kepak.
Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh warganet di TikTok
“manusia kan . makin dilarang makin dibuat 😂”
“dia tak faham. cuba tulis wing nnti dia faham la”
“siap bagi Yang hangus 😂😂”
“sayap 😂 lawak pulak dgr”
“sayapp ehhh bolehlaaa kak”
“kalau saya, saya tak faham sayap tu kepak😂”
Video yang tular di laman TikTok