Tidak semua di antara kita bernasib baik dan menjalani kehidupan mewah. Ada yang tidur beralaskan tilam, ada juga yang tidur beralaskan kotak.
Begitulah perumpamaan yang dapat kita gambarkan dimana tidak semua orang mampu untuk memiliki sesuatu benda bahkan ujian hidup setiap insan adalah berbeza.
Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang guru pelik apabila mendapati seorang pelajar di kelasnya seringkali tidak memakai t-shirt sukan semasa waktu PJ.
Manakan tidak, waktu PJ adalah waktu yang paling ditunggu-tunggu oleh setiap pelajar kerana boleh bermain pelbagai sukan bersama rakan-rakan yang lain namun anak ini kelihatan memakai baju seragam sekolah dan hanya melihat pelajar lain bermain.
Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok @cikpuangojes, apabila ditanya tentang perkara tersebut, akhirnya pelajar ini buka mulut dan berkongsi satu cerita sedih.
Menurut guru tersebut, pelajar yang bernama Putra ini merupakan anak bongsu daripada 4 adik beradik. Ibu bapanya pula bekerja di kedai runcit 1Malaysia.
Apa yang lebih menyedihkan adalah bila ditanya mengapa dia tidak memakai baju PJ, murid itu menjawab yang ibunya tiada wang untuk membeli baju sukan itu.
Putra nak ka baju PJ? Pasaipa tak beli? Mak tak ada duit ka?” tanya guru tersebut.
Guru tersebut bagaimana pun menunaikan janjinya untuk membelikan pelajar ini baju PJ di koperasi sekolah dan sempat menasihati pelajar tersebut untuk tidak ponteng sekolah lagi.
Video yang tular di laman TikTok:
Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 2.4M tontonan, 253.1K tanda suka, 11.3K komen, dan 5824 perkongsian di applikasi TikTok.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen turut sebak mendengar kisah pelajar ini yang tidak mampu untuk membeli pakaian PJ dan hanya melihat rakannya yang lain bermain.
Dalam masa yang sama, para netizen juga kagum dengan sikap guru ini dan berterima kasih kerana sudi untuk membantu pelajar tersebut agar dia tidak merasa ketinggalan dengan rakan yang lain.
Berikut merupakan komen warga maya: