Pelbagai jenis resipi yang boleh kita belajar di platform TikTok malah rata-rata daripada resipi tersebut adalah sedap kerana ramai yang mencubanya malah kita boleh melihat rating yang diberi daripada pengguna yang membuat ‘review’ tentang makanan tersebut.
Sama juga dengan resipi unik yang tular baru-baru ini dimana seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Aliah Siti telah berkongsi resepi Ayam Masak Coke mencuri perhatian ramai.
Unik bukan? Makanan tidak, coke yang selama ini hanya dibuat minum namun kali ini digunakan dalam masakan.
Bahan-Bahan Ayam Masak Coke
1) Dua belas ketul ayam bahagian kepak
2) Daun bawang
3) 5 hiris halia
4) Minyak masak
5) Dua ulas bawang putih
6) Bunga lawang
7) Tiga sudu kicap cair
8) Satu sudu kicap pekat
9) Satu tin air Coke
10) Hirisan cili
Cara Penyediaan Ayam Masak Coke
Rebuskan ayam dengan 2 hiris halia dan hirisan daun bawang sehingga mendidih dan kemudian toskan air.
Letakkan sedikit minyak masak dan goreng ayam yang telah direbus sehingga ‘golden brown’ dan masukkan 3 ulas bawang putih, 3 hiris halia, 1 bunga lawang, daun bawang, 3 sudu kicap cair dan 1 sudu kicap pekat.
Kemudian, masukkan 1 tin air Coke dan biarkan mendidih sehingga 8 minit dan tutup penutup periuk.
Akhir sekali, setelah kuah menjadi pekat, taburkan daun bawang dan hirisan cili mengikut citarasa masing-masing dan siap untuk dihidang.
Wahh nampak macam sedap betul kan? Untuk lebih mudah, korang boleh tengok video di bawah untuk cara-cara membuat Ayam Masak Coke:
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen akui baru tahu bahawa air coke boleh dimasukkan di dalam makanan malah ramai juga yang ingin mencubanya kerana kelihatan sangat menyelerakan.
Dalam masa yang sama ada juga segelintir individu yang sudah mencuba resepi ini dan hasilnya sangat memuaskan bahkan ada juga yang kretif dengan menukar air coke kepada air soda F&N.
Berikut merupakan komen warga maya:
“air coke saya tukar dengan soda FN sedap”
“1st time tengok orang masak letak coke”
“coke tu mungkin gantin wine kot, halal version”