Connect with us

Viral

“Peluang kedua” 16 Tahun Berpisah, Akhirnya Pasangan Sejoli Ini Disatukan Kembali Raih Perhatian Ramai!

Alam perkahwinan bukan sesuatu perkara yang mudah, malah tanggungjawabnya yang begitu besar harus dipikul bagi mengekalkan keharmonian keluarga.

Iospital phone repair gombak

Bagaimanapun, ada juga yang terpaksa bercerai disebabkan masalah mereka yang tersendiri.

Akan tetapi, percayalah bahawa jodoh itu rahsia Tuhan.

Baru-baru ini tular sebuah kisah mengenai satu pasangan yang bernikah dan bersatu semula setelah 16 tahun berpisah akibat cerai dahulu.

Menerusi perkongsian pengantin wanita @MizNur888 di laman TikToknya, dia menyatakan bahawa dia pernah berkahwin dengan suaminya pada tahun 2000 namun begitu jodoh mereka tidak berpanjangan.

Dengan hasil perkahwinan mereka itu, mereka telah pun menerima seorang cahaya mata.

Walaupun demikian akhirnya setelah 16 tahun berpisah, kini pasangan sejoli ini disatukan semula.

Melalui video itu juga, kelihatan suaminya itu mengucup cincin di jari isteri selepas membatalkan air sembahyang.

Terangnya, tindakan tersebut adalah sebagai satu simbolik janji bahawa dia tidak akan mensia-siakan peluang kedua yang telah Allah S.W.T berikan.

Berdasarkan perkongsian di laman Instagramnya, dia sempat menceritakan mengenai perihal adik beradiknya sewaktu dia bernikah buat kali pertama bahawa masing-masing masih bersekolah dan sekarang ketika dia kembali bergelar isteri, mereka sudah pun menjadi insan-insan yang berjaya.

Meninjau di ruangan komen, warga netizen rata-ratanya turut tumpang gembira atas perkahwinan mereka itu.

ORang ramai juga menitipkan doa buat MizNur888 agar bahagia hingga ke Jannah bersama dengan pasangan dan semoga rumahtangga mereka dipelihara oleh Allah S.W.T.

Antara komen netizen:

“Alhamdulillah tahniah..Saya harap saya pon suatu hari nanti boleh bersatu balik dgn pasangan saya..Korang doakan saya ye🥰”

“Semoga Allah berkati keduanya hingga dihimpunkan kembali di Syurga”


“slmt pengantin baru.moga bahagia hgga akhir hayat..hargilah org yg mghargai diri kita..🥰”

“Tu namanya DAh jodoh.. Walaupun putus tgh jln ketika dulu.. Tp bertemu jodoh kali 2..alhamdulillah Tahniah”

Video TikTok yang tular:

@miznur888 Ibu dah dimiliki.. mohon respect ibu sebagai isteri orang.. tq so much follower ibu🤲♥️ #myfirstlove #myhusband #love #ibumiznur #2023 #fyp #viral #fypdongggggggg ♬ Bismillah Cinta – UNGU & Lesti

Continue Reading
Advertisement