Connect with us

Viral

“Pemalas tapi kucing lovers” Penghuni Kondominium Berang Jiran Bawah Selamba Lempar Najis Anak Bulus Dari Balkoni

Kalau sudah namanya hidup berjiran, kita seharusnya mempunyai sikap bertimbang rasa malah tidak mementingkan diri sendiri agar disenangi ramai.

Iospital phone repair gombak

Selain itu, sudah menjadi lumrah hidup berjiran untuk kita tidak melakukan sesuka hati dengan sewenang-wenangnya sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati jiran.

Seperti yang tular di TikTok baru-baru ini, aksi seorang penduduk kondominium membuang najis kucing merata-rata sempat dirakam, mengundang marah ramai.

Menerusi video oleh Tyara Ulfa, lelaki berkenaan selamba menapis pasir kucing lalu dilemparkan najis peliharaannya dari balkoni ke tingkat bawah.

“POV (point of view), tutorial buang najis kucing,” tulis Tyara pada video yang dikongsikan.

Menurut wanita berusia 35 tahun berkenaan, dia memuat naik rakaman tersebut di TikTok kerana bengang dengan tindakan tidak bertanggungjawab jirannya.

“Kejadian tu pada Khamis, 9 Mac. Saya nampak dia buang najis dengan gumpalan pasir dekat balkoni rumah.

“Lepas dia cedok-cedok tahi tu, dia tabur (buang) dekat luar. Dia siap tampi-tampi lagi pasir kucing tu. Tak kisah langsung habuk daripada pasir tu terbang ke mana-mana sampai masuk rumah jiran lain,” jelasnya.

Susulan itu, Tyara yang tinggal di tingkat 17 menghantar video tersebut pada group WhatsApp penghuni kondominium tersebut agar individu berkenaan sedar perbuatannya diperhatikan jiran.

Bagaimanapun, tiada sebarang respons diterima walaupun dikatakan lelaki itu berada di dalam group WhatsApp yang sama.

Tyara yang berasal dari Indonesia akhirnya memilih untuk melaporkan kepada pihak pengurusan.

“Lepas saya post video tu dekat group penghuni kondominium kami duduk ni, dia diam saja. Dia buat tak tahu dan tak ada rasa nak minta maaf pun.

“Jadi saya buat laporan dekat pihak pengurusan. Saya terpaksa buat macam ni kerana nak bagi kesedaran dekat dia juga,” kata Tyara yang memiliki dua ekor anak bulus di rumah.

Tegas Tyara, tujuannya memuat naik video tersebut bukanlah untuk memburukkan sesiapa tetapi kecewa apabila terdapat segelintir pencinta kucing yang sanggup bertindak sedemikian.

“Sebenarnya saya post dekat TikTok tu untuk beri kesedaran kepada pencinta kucing. Mereka haruslah bertanggungjawab sekiranya membela kucing.

“Menjaga haiwan di rumah memerlukan komitmen tinggi dan bukanlah membelanya dengan hanya suka-suka atau mengikut trend.

“Lagi pula, saya bimbang apabila dia buang macam tu nanti terkena pada orang lain. Memang tak patutlah dia buat macam tu sebab habuk-habuk pasir tu pun boleh terbang kotorkan rumah jiran lain,” katanya.

Video yang tular di laman TikTok

@tyaraulfa1♬ bunyi asal – Tyara Ulfa

Continue Reading
Advertisement