Connect with us

Viral

Pemandu E-Hailing Menyesal Toleh Belakang, Hantar ‘Entiti’ Pukul 12 Malam Sampai Jalan Mati!

Baru-baru ini tular di media sosial dimana seorang rider menggunakan waze untuk menghantar pesanan makanan pelanggan namun jalan yang dilalui sangat gelap, sunyi dan suram serta lebih mengejutkan apabila dia mendapati rumah pelanggan tersebut merupakan rumah kosong yang tidak berpenghuni malah seperti sudah ditinggalkan lama.
Iospital phone repair gombak

Belum reda isu tersebut, kini tular sebuah lagi cerita dimana seorang pemandu perkhidmatan e-hailing dikenali sebagai Amir menceritakan pengalamannya menghantar seorang ‘wanita’ di Kuala Kangsar, Perak nyata membuatkan ramai meremang.

Memetik laporan mStar, Penumpang itu membuat tempahan untuk ke sebuah lokasi gelap dekat Kampung Buaya, di sekitar pekan Kuala Kangsar.

Kisahnya bermula apabila dia menumpangkan seorang wanita yang mengenakan kemeja-t berwarna putih serta seluar dan vest hitam dengan rambut panjangnya dibiar lepas tanpa diikat.

Kata pemandu dia menerima tempahan kira-kira pukul 12 tengah malam daripada seorang wanita, yang mana namanya terpampang dalam aplikasi tempahan sebagai Suri.


“Dalam aplikasi itu, saya perlu mengambil Suri di sekitar Kampung Buaya dan perlu menghantarnya di sebuah kawasan lain dengan jarak sekitar dua kilometer. Hati sangat gembira kerana masih dapat tempahan pada lewat malam.

“Tetapi, ketika membiarkan wanita itu menaiki keretanya, dia mula rasa tidak sedap hati kerana ada bau sesuatu (kurang menyenangkan). Loghat percakapannya seperti orang Indonesia,” katanya menerusi satu hantaran dalam Facebook.

Tambah Amir, dia mula berasa pelik apabila Suri menetapkan tempat yang hendak dituju dalam aplikasi e-hailing itu di kawasan gelap malah, tiada orang lalu-lalang kelihatan ketika berada di sana.

Bagaimana pun Amiru tetap meneruskan perjalanan sehingga 900 meter sebelum diminta untuk berhenti. Ragu dengan tempat berkenaan, Amir dalam keadaan takut bertanyakan semula kepada penumpang bagi memastikan lokasi yang sebenar.

“Suri tidak menjawab soalan, lantas saya menoleh ke belakang. Sebaik menoleh ke belakang, saya terkejut apabila Suri sudah tidak ada lagi di bahagian tempat penumpang belakang.”

“Nah… hilang? Suri hilang? Bau busuk tadi pun beransur-ansur hilang. Apakah? Saya tak fikir panjang, tak cakap apa, terus undur dengan laju dan memecut pulang.”

“Darah sudah berderau, tidak semena-mena menggigil sambil memecut keluar dari Kampung Buaya. Saya buka tingkap sebab nak hilangkan bau busuk macam bau bangkai atau mayat,” tulis Amir lagi bagi menceritakan pengalamannya.

“Setibanya di lokasi selamat, saya buka aplikasi dan check history untuk buat aduan, sekali order itu hilang, ghaib! Hah! Sudah tak boleh fikir, balik terus. Memang ini kali pertama berdepan-depan dengan benda begini dalam kereta.”

“Kena ganggu dengan makhluk seram macam ini, yang hairannya makhluk ini advance. Hantu pakai e-hailing. Atau mungkin pengamal ilmu hitam sengaja hendak cuba test power? Wallahualam… Serius sampai sekarang masih merinding, seram dan bingung,” luahnya.

Continue Reading
Advertisement