Terdapat segelintir individu yang ‘mementingkan’ diri sendiri di atas jalan raya sehingga menyebabkan kemalangan malah melibatkan individu yang tidak bersalah.
Kita sedia maklum, double line di atas jalan raya merupakan kawasan yang dilarang untuk kenderaan memotong kerana mungkin jalan berbahaya seperti berliku atau kawasan yang kerap berlaku kemalangan.
Pun begitu, terdapat seorang pengguna jalan raya seolah-olah tidak mampu berfikir secara waras dan melakukan ‘U-Turn’ di ‘double line’ sehingga menyebabkan kemalangan mencuri perhatian ramai.
Menerusi rakaman dashcam yang tular, mangsa telah mendapati pemandu van tersebut membuat pusingan U dan mangsa tidak sempat untuk menekan brek.
Namun apa yang menyayat hati adalah, terdengar suara mangsa yang panik dan anaknya yang sedang menangis setelah kenderaannya di rempuh van yang dipandu individu warga Rohingya itu.
Video yang tular di laman TikTok:
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen berang dengan sikap pemandu van yang tidak memikirkan orang lain dengan membuat pusingan U di tempat yang tidak sepatutnya
Tidak cukup dengan itu, ada juga netizen yang tidak sanggup mendengar suara tangisan anak mereka malah mendoakan agar tidak ada apa-apa yang serius berlaku gara-gara kemalangan tersebut.
Antara komen warga maya:
“orang macam ni memang tak layak memandu.. harap gantung lesen seumur hidup dan bagi hukuman berat”
“U turn tak boleh kat situ oiii suka hati dia je.. tak kesian ke baby u..”
“mesti kata kenapa tak brek.. kalau tengah leka memandu tetiba mengejut nampak benda tiba2 muncul macam tu memang tak sempat nak tekan brek..”
“wehhh apa ni korang bahaya kan keselamatan orang.. kesian family ni ada anak kecik pulak tu..”
“yang bawa van tu rohingya.. takde lesen.. dalam kereta tu ada budak & wife dia mengandung.. bebal punya orang.. makin menjadi2 rohingya musibat ni..”