Connect with us

Viral

Pemergiannya Dalam Perjalanan Sumbangan Zakat Buat Tahfiz, Ini Penjelasan Anaknya

Hari ini kita dikejutkan dengan pemergian usahawan terkenal Dnars Skincare, Faziani Rohban di Pattani, Thailand pada pagi tadi.

Di sebalik kejadian tersebut, ternyata tuhan tunjukkan kebaikan yang selama ini disembunyikan beliau.

Menurut anaknya, Allahyarhamah dalam perjalanan menuju ke satu pondok di Patani untuk menunaikan kewajipan zakat.

“Arwah acciddent di Pattani, dalam menuju ke satu Pondok untuk selesaikan kewajipan zakat.”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HIGHRETURN MARKETER (@iqbar_hakim) on

Malah, rakan-rakan terdekat juga memberitahu, Allahyarhamah baru saja pulang dari menunaikan umrah di kopta Makkah.

Kemudian Allahyarhamah bergegas ke Indonesia untuk memberi sumbangan buat anak-anak yatim di sana sebelum bergerak ke Pattani.

Faziani Rohban merupakan seorang yang terkenal dengan perwatakan sederhana dan membesar dalam kalangan keluarga yang berniaga.

Bapanya yang telah meninggal dunia merupakan bekas pengusaha kedai makan.

Semasa masih kecil, beliau mengalami kesempitan hidup sehingga membuatkan dirinya nekad untuk mengubah nasib keluarga.

Beliau juga uka bergaya dan amat mementingkan kecantikan seawal usia remaja, dengan mengamalkan petua yang diperturunkan daripada nenek moyang.

Faziani menceburkan diri dalam bidang kecantikan sebaik tamat persekolahan, meskipun minatnya itu mendapat tentangan kedua ibu bapa yang inginkan beliau memiliki pekerjaan tetap.

Sebelum nama Faziani Rohban melonjak sebagai usahawan kosmetik, beliau pernah melibatkan diri memasarkan produk kosmetik, serta membuka salon.

Terkenal dengan sikap merendah diri, pada awalnya hanya mahu dikenali sebagai jurucakap produk dan enggan diwawancara media kerana tidak mahu mendedahkan identitinya sebagai pemilik produk.

Namun ternyata Tuhan lebih sayangkan beliau. Semoga Allahyarhamah ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.