Dah menjadi tanggungjawab seorang majikan untuk menegur anak buahnya. Bukanlah untuk memalukan tetapi untuk mengajar agar kesilapan yang sama tak diulang lagi.
Tapi ada juga majikan yang ambil kesempatan atas pekerja. Memarahi pekerja sehingga mengaibkan. Jadikan pekerja sebagai tempat lepas marah.
Sama seperti yang terjadi baru-baru ini kepada seorang pekerja apabila dia dimarahi oleh wanita yang dipercayai majikannya kerana tidak memasak kerang bakar dengan betul.
Tindakan yang dibuat wanita tersebut dianggap tidak patut kerana seolah-olah sengaja memalukan pekerjanya sendiri.
Yang membuatkan warganet lebih tidak gemar dengan caranya itu adalah apabila dia siap merakam pekerjanya itu apabila sedang dimarahi.
Mujur si pekerja bukan jenis cepat melenting.
Menerusi video yang dimuat naik oleh si majikan itu sendiri @halimatulsaadiahmuhamad1, menunjukkan dia seorang pemilik kedai makan.
Sejak video itu dikongsi, ianya tular dengan tontonan sebanyak 1.3 juta dan 46 ribu tanda suka!
Video yang tular di laman TikTok
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang berpendapat meskipun niat majikan itu hanya untuk marketing semata-mata, si pekerja masih tidak wajar diperlakukan sebegitu.
Selain kasihankan pekerjanya itu, mereka turut mengajar tentang adab menegur pekerja yang betul.
Berikut antara komen-komen yang diberikan warganet di TikTok
“tutup periuk sendiri”
“Nampak sedap. Tp xnak pegi. Sbb mcm tu lah mcm tuu”
“jangan jatuh kan air muka org.kalau nak marah pun.”