Menjadi seorang pelajar bukanlah satu perkara yang mudah apatah lagi bila tiba waktunya untuk menyiapkan tugasan tesis.
Untuk pengetahuan, Tesis merupakan satu tugasan akhir sebagai syarat anda untuk lulus dan menamatkan pengajian.
Seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang lelaki warga negara Indonesia berkongsi tentang masalah yang dihadapinya ketika bergelut untuk menyiapkan tesisnya.
Menerusi video yang dimuat naik oleh @userrrr_123456y, Dia mengaku bahawa mengalami tekanan dan stress melampau dalam tempoh untuk menyiapkan tugasan tersebut.
“Pada awalnya stress, kemudian saya mengamuk sampai rumah hancur, akhirnya saya diikat agar tidak mendatangkan bahaya lain,” Tulis akaun pemilik dalam videonya.
Dapat juga kita lihat, dia duduk di atas kerusi di satu ruangan di rumahnya dan dikatakan dia mengalami masalah jiwa yang disebut sebagai anxiety disorder ataupun gangguan kecemasan. Kini mahasiswa itu dilapor sedang mendapatkan rawatan yang diperlukan dan hampir 90 peratus pulih.
“Hati-hati semua, kalau buat tesis jangan ambil mudah,” katanya dalam video lain.
Meninjau diruangan komen, rata-rata warga netizen sedih melihat keadaannya yang terlalu stress sehingga mengalami masalah jiwa.
Bukan itu sahaja, netizen juga mendoakan agar dia kembali pulih seperti sediakala.
Antara komen warga maya:
“sekarang aku faham kenaoa mental health itu penting sangat untuk mahasiswa”
“aku tak tahu seberat apa masalah yang kamu hadap ketika itu, cuma terima kasih banyak kerana mahu dan boleh bertahan sejauh ini”
“Semangat ya!! di dunia ini ada 2 jenis mahasiswa.. yang satu lulus tepat pada waktu dan yang satu lagi lulus di waktu yang tepat dan dua-dua nya sama -sama bagus”
Video yang tular di laman TikTok: