Kemalangan di jalan raya adalah satu isu yang tidak akan pernah surut kerana tragedi ini berlaku pada setiap hari di seluruh tempat. Nahas jalan raya boleh terjadi disebabkan kecuaian sendiri mahupun orang lain.
Tak dapat dinafikan, orang Malaysia memang baik hati budinya. Setiap kali berlakunya kemalangan, ada saja individu yang akan menghubungi pihak berkuasa untuk membantu mangsa.
Sama seperti yang jasa baik yang dilakukan oleh pemuda ini apabila dia dipuji netizen kerana sanggup mengambil risiko untuk menyelamatkan ibu dan anak yang hampir lemas.
17 Mac lalu, seorang kanak-kanak lelaki maut kerana lemas akibat terperangkap dalam kereta ibunya yang terbabas ke dalam tali air di Kilometer 32 Jalan Bota Kiri-Ulu Dedap berdekatan Kampung Bukit Chawi.
Menurut laporan Harian Metro, kereta Honda City dipandu ibu mangsa hilang kawalan kemudiannya melanggar besi kunci air sebelum terjunam masuk ke dalam tali air.
Rupa-rupanya, seorang pemuda yang juga orang awam telah menyaksikan kejadian tersebut dan sempat mencuba untuk menyelamatkan mangsa. Video lelaki tersebut tular serta mendapat pujian ramai!
Menurut lelaki tersebut, dia menceritakan cubaannya untuk terjun ke dalam tali air dan menyelamatkan ibu dan dua orang lagi anaknya namun gagal kerana hanya dapat menyelamatkan dua nyawa sahaja.
Manakala anak lelaki wanita tersebut lemas dan disahkan maut di tempat kejadian akibat air keruh dan kereta mangsa sudah tenggelam.
Video yang tular di laman TikTok
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata memuji dan mengucapkan tahniah atas keberanian lelaki tersebut. Dalam pada itu, netizen turut bersimpati atas kemalangan yang menimpa mangsa.
Berikut antara komen-komen yang diberikan netizen di TikTok
“Mcm ni la TV Al hijrah kena panggil. Jom kita tag Alhijrah”
“memang Allah hantar dia pada waktu yg tepat utk bg pahala kt dia.🥺 terima kasih orang baik yg berani.”
“kerajaan sila berikan kepada pemuda ni pingat jasa keberanian …”
“Tahniah Anak muda kerana Allah kurniakan kamu kekuatan dan keberanian yang hebat . Semoga hidup kamu sentiasa dirahmatiNya. Sebak tengok kamu anak mud”