Connect with us

Viral

“Penantian 2 tahun turun naik mahkamah” Dicerai Talak 3, Ibu Tunggal Ini Kongsi Pengorbanan Demi Anak

Hidup sebagai ibu tunggal di zaman sekarang bukanlah sesuatu yang mudah. Pelbagai cabaran dari segi membesarkan anak dan mencari rezeki harus dihadapi.

Perkongsian ibu tunggal, Nurul Asyikin dalam memperjuangkan hak untuk mendapatkan nafkah dari bekas suami mendapat perhatian netizen.

Mari kita ikuti perkongsian beliau.

_________

Saya menang 3 kes tuntutan nafkah mutaah,nafkah anak dan nafkah eddah oleh Mahkamah Rendah Syariah Kota Kinabalu pada 9/5/19 @ 3.30 petang.

Syukur Alhamdulillah penantian 2 tahun turun naik mahkamah akhirnya membuahkan hasil.Penat memang penat turun naik mahkamah. Tapi itu lar pengorbanan saya sebagai seorang ibu buat anak lelaki saya Muhamad Zhafran Irfan.

Ini adalah hadiah kemenangan buat kamu sayang.Mommy fight bukan sebab kebulur sangat duit bekas suami. Tapi hak tetap hak seperti yang termaktub dalam Al-Quran.

Saya diceraikan talak 3 pada bulan ramadhan 2017. Sumpah susahnya nak move saat itu. Saya tiada ibu bapa.

Tiada tempat untuk mengadu domba kecuali kepada Allah Yang Maha Esa.Setiap saat saya merooyan depan Allah. Kenapa diuji begitu.Selalu saya pujuk diri pasti akan ada pelangi yang indah selepas hujan.

Tapi susahnya nak move on.Orang senang lar cakap “MOVE ON JE LAR”.Tak kena batang hidung sendiri mana nak taw rasa oren ke tak.Jangan hina kehidupan saya sebagai ibu tunggal.

Bila2 masa Allah boleh twist hati dan perasaan pasangan kita.Sape kita untuk melawan. Kita cuma hamba kerdil.

Sepanjang 2 tahun prosiding bermula ex selalu tak hadir ke mahkamah.Kalau hadir pown ex akan mengatakan dia belum bersedia dan jawapn penghujahan belum dijawab.

Baca: “2 waktu jangan terlepas berdoa di bulan Ramadhan, Allah pasti kabulkan” Ustaz Ebit Lew

Setiap kali tu lar kes mahkamah asyik bertangguh je.Saya pujuk hati saya pasti akan ade hikmah disebalik semua yang terjadi. Sabar dan redha.

Kadang2 bila datang angin down pandai meroyan juga saya di depan Allah.

Masa hakim nak umumkan tentang jumlah nafkah anak saya rasa nervous sangat. Zikir dalam hati tak henti2.Setiap saat sy berdoa kepada Allah supaya tunjukkan jalan kebenaran buat saya dan irfan andai kami tergolong dalam golongan orang2 teranayai.

Mahkamah umumkan irfan memperolehi nafkah sebanyak Rm450 setiap bulan sehingga berumur 18 tahun. Saya akur dengan perintah mahkamah.

Alhamdulilalh dapat Rm450 daripada tak kena bagi langsung kan.Mahkamah perintahkan supaya ex menbayar nafkah tanpa culas bermula Mei 2019. Andai kata culas sy boleh failkan ke pihak atasan beliau untuk tindakan.

Tapi sy ingin memohon kepada mahkamah nafkah irfan diberi melalui potongan gaji supaya ex x koma untuk membayarnya.

Lagipown sebab apa sya nak nafkah irfan dibuat melalui potongan gaji supaya irfan entitled sebagai waris dia memandangkan irfan anak lelaki .Kije polis kan berisiko jadi paham2 je lar kan.

Sy perhati segelintir kawan2 saya malas nak fight hak anak.Anak dah lar berderet.Tak nak mintak nafkah. Kang kalu aku ckp bodo marah pulak.

Tapi tu lar kenyataanya . Masa lepas bercerai dulu banyak juga makcik2 bawang ckp “ehh tak payah lar tuntut nafkah anak,nafkah eddah dan nafkah mutaah tu.

Move on je lar”.Orang2 yang ckp mcm neh jaangan lar dibuat kawan.Sorry lar kalu sy terjujur disini.

Nafkah anak termaktub dalam Al-Quran yang wajib dituntut oleh bekas isteri bagi pihak anak.

Ko susah bela anak2 yang ramai sorang2 lepas tu bekas laki ko bahagia dengan kehidupan dia.Lama2 ko yang stress membesarkan anak.

Kalu aku sorry lar .Selagi ade jalan memang aku tuntut sampai lubang cacing.Actually masa tuntut nafkah anak aku hampir putus asa dan menyalahkan diri.

Alhamdulillah bila bercerita dengan boss di tempat kije sampai menangis lr depan boss betapa berat dugaan yang ditanggung selamma 2 tahun.

Boss saya nasihatkan untuk saya kuat dan fight hak anak.Itu baru lar pengorbanan seorang ibu yang sebenar.

Saat diumumkan tentang nafkah eddah saya tak nak mengharap lebih.Alhamdulillah mahkamah putuskan saya mendapat Rm500.00 setiap bulan selama 3 bulan sepanjang tempoh masa eddah yang lepas.

Ini adalah hak bekas isteri yang WAJIB dituntut selepas bercerai. Ehhh korang memang tak suka duit ke 🤪

Akhir sekali untuk nafkah mutaah kali neh saya redha andai tiada hak mutaah untuk saya.

Sebab melalui penghujahan ex saya menulis di kertas memburuk2 kan saya dengan alasan saya tidak layak sama sekali untuk dapat nafkah mutaah dari dia.

Dia menulis di kertas penghujahan seperti orang yang tiada ilmu agama.Saya yang baca sampai naik malu.Ehh nasib bukan lagi suami aku.

Malas nak cakap lebih sebab bulan ramadhan neh akhirnya mahkamah perintahkan ex saya membayar Rm20,440 secara lump sum ataw Rm300.00 setiap bulan sehingga habis jumlah amaun mutaah yang dinyatakan tersebut.

Syukur Alhamdulillah Allah mendengar setiap rintihan dan doa saya selama 2 tahun.

Wahai ibu2 tunggal diluar sana tak payah lar acah2 berduit.Taw x kenapa Allah tetapkan hak seorang perempuan selepas bercerai. Ada sebabnya.

Nafkah anak itu perlu dipohon supaya bekas isteri tak rasa terbeban membela anak seorang diri.Lelaki neh lagi ko biar lagi gatal pisang dia tu.

Aku x nak ex aku masuk neraka jadi aku mohon nafkah anak.☺️Nafkah eddah tu juga penting dan wajib dipohon.. Bukan susah amik je borang kat mahkamah.

Manakala nafkah mutaah itu adalah hadiah sagu hati yang wajib diberikan oleh bekas suami kepada bekas isteri.

At least bekas isteri xda lar sakit hati sampai berdendam apabila diceraikan oleh suami.

Betul x?

__________

Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada semua terutama ibu tunggal di luar sana.

Follow YOY Network di laman Instagram untuk pelbagai info dan video menarik!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by YOY Network (@yoynetwork)

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.