Connect with us

Selebriti

Penantian 9 Tahun, Akhirnya Irwansyah dan Isteri Bakal Timang Cahaya Mata

Setiap pasangan suami isteri yang sudah lama berkahwin pastinya menginginkan cahaya mata bagi melengkapkan kebahagiaan keluarga mereka. Namun, andai kata Tuhan belum mengizinkan, rezeki tersebut pastinya sentiasa dinanti dan diharapkan oleh setiap pasangan yang sudah berkahwin. Sembilan tahun menanti Begitu juga dengan pelakon dan juga penyanyi terkenal Indonesia yang pernah mencipta nama dalam filem My […]

Bagi pasangan yang sudah lama mendirikan rumah tangga, kehadiran cahaya mata pastinya senantiasa dinantikan.

Walau bagaimanapun, bukan semua bernasib baik dapat menimang anak seawal setahun dua perkahwinan.

Penantian sembilan tahun

Itulah yang dilalui pelakon dan juga penyanyi terkenal Indonesia, Irwansyah dan isterinya yang menanti selama sembilan tahun.

Menerusi perkongsian di laman Instagram miliknya, hero yang pernah mencipta nama dalam filem My Heart ini telah memaklumkan berita gembira apabila isterinya Zaskia Sungkar telah hamil anak pertama mereka.

“Alhamdulillah terima kasih ya Allah terima kasih semuanya dan terima kasih jg buat @morulaivf_jakarta, zaskia positive berkat doa tmn2 semua, dan jgn bosen ya buat terus doa untuk kesehatan bayi dan ibunya sampai melahirkan,”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Irwansyah (@irwansyah_15) on

Di dalam perkongsian laman Instagram Zaskia yang juga merupakan selebriti Indonesia juga memaklumkan berita mengharukan ini ke Instagramnya selepas dia dan Irwansyah menjalani proses IVF sejak awal tahun 2020.

Luah rasa syukur

Menerusi kapsyen yang ditulis oleh kedua-dua pasangan selebriti tersebut, masing-masing meluahkan rasa syukur ke hadrat Ilahi di atas kurniaan yang besar buat mereka.

“Alhamdulillah , rintangan yang harus kami lewati cukup banyak. Usaha yang harus kami jalani sudah tak terhitung.

“Sepanjang hampir 10tahun lamanya kebersamaan ini, akan ada kebahagiaan kecil yang akan hadir menghampiri.

“Akhirnyaaa… Alhamdulillah aku hamil. Perjuangan mendapatkan garis dua ini ga sia-sia

“Ini jadi hadiah paling luar biasa bagi kami. Terima kasih untuk kamu @irwansyah_15 yang selalu bersedia menemaniku mewujudkan kehamilan ini. Dan buat kamu yang masih belum dapat ku sentuh, tumbuhlah sehat selalu.”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Zaskia Sungkar (@zaskiasungkar15) on

 

Rata-rata para peminat dan juga rakan artis telah meninggalkan komen tahniah diatas kehamilan Zaskia.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.