Seperti yang kita sedia maklum, komitmen menjalani kehidupan berkeluarga sangat mencabar terutamanya pada zaman ekonomi yang semakin meninggi ini.
Oleh hal demikian, masih ada insan yang melakukan lebih daripada satu pekerjaan demi menyara kehidupan sekeluarga. Walaupun penat dan letih, senyuman anak-anak pada akhirnya memberi sinar buat dirinya untuk tetap terus berusaha.
Begitu juga dengan kisah yang tular baru-baru ini, di mana dia sedang membuka sebuah bungkusan bersama dengan tiga orang anaknya.
“Ni lah ubat paling mujarab apabila letih seharian berkerja,” tulisnya dalam video tersebut.
Melihat pada rakaman video yang dimuat naik pengguna TikTok @Mohamad Zaki Adzim, anak-anaknya terus melompat kegembiraan setelah melihat pada bungkusan tersebut.
Lompatan anak-anaknya yang riang itu disertai dengan gelak tawa mereka, menunjukkan betapa gembiranya mereka pada ketika itu lebih-lebih lagi apabila mengetahui bahawa inti bungkusan itu ialah mainan mereka.
“Gelak tawa mereka ubat paling mujarab,” terangnya lagi.
Menerusi video tersebut, jelas kelihatan raut wajah Encik Zaki letih akan tetapi senyuman lebar terus terukir apabila melihat reaksi gembira anak-anaknya dan diberikan kucupan sebagai tanda terima kasih atas pemberian bapa mereka itu.
Apa yang lebih menyentuh hati, anak sulung Encik Zaki meminta bapanya itu untuk memberikan mainan tersebut kepada adik-adiknya terlebih dahulu.
Difahamkan anaknya yang sulung itu meskipun masih kecil, anak sulungnya itu sudah pandai beralah dan matang dengan mengutamakan adik-adiknya.
Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah menerima 1.1M tontonan, 64.4K suka, 4133 komen dan 2548 perkongsian.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen bersetuju apabila melihat senyuman anak-anak terus hilang penat yang dirasai kita dan ada individu yang meminta doa orang ramai untuk dikurniakan zuriat.
Ada juga warganet yang memuji tindakan anak sulungnya yang mementingkan adik-adiknya dahulu.
Antara komen netizen:
“dipagi Subuh berlenang ayaq mata jgk tngok vdio ni.. moga aq dan isteri dikurniakan ank jgk 5thun mnanti.. mohon doa angpa”
“betul..bila balik dpt bawa benda ke mkanan yg ank suka..mmg x terasa dh pnt dri pg td..Alhamdulillah Allah bagi pengubat kat rumah ☺️”
“Si kakak baik betul… relaks ja dia. tak berebut dengan adik2 pun. Last baru ambik. Ciri2 kakak yg sangat penyayang dan bertanggungjawab ni. 🥰👍”
Video yang tular: