Saluran Youtube telah menjadi salah satu lubuk pendapatan bagi mereka yang gemar membuat video dan dikongsikan kepada umum.
Ikon duta perpaduan
Pasangan YouTube Sugu Pavithra masih tidak putus-putus menerima pujian masyarakat sehingga mereka dianggap sebagai duta perpaduan dan ikon masyarakat.
Dengan perasaan rendah diri, pasangan tersebut menganggap mereka masih belum cukup layak untuk diangkat sebagai ikon kepada masyarakat.
Kami belum layak jadi ikon
Selain itu, pasangan ini juga memberitahu kehidupannya tidak sempurna mana dan masih banyak yang perlu dipelajar.
“Kami hanya rakyat biasa, nak jadikan ikon itu sesuatu benda yang besar bagi kami” ujarnya.
“Sesuaikah untuk kami? Kami belum layak kerana untuk jadi ikon kena sempurna, tiada yang sempurna dekat kami”
Fasih berbahasa melayu, sopan dan berpewatakan lembut
Pasangan ini juga bertutur dalam bahasa Melayu dengan baik, berserta tutur kata yang cukup sopan dan lembut.
Itu merupakan antara daya penarik membuatkan ramai selesa menonton video Sugu Pavithra.
Berjaya mengumpulkan pelbagai kaum
Oleh itu, ramai pengikut saluran YouTube Sugu Pavithra menyatakan pasangan itu layak dijadikan duta perpaduan.
Ini kerana pasangan ini berjaya mengumpulkan rakyat pelbagai kaum dalam saluran mereka dan melontarkan pesanan positif.
Raih pendapatan yang lumayan
Disamping itu, pasangan ini berjaya meraih pendapatan yang lebih lumayan menerusi saluran Youtube mereka.
Difahamkan kini M Sugu, telah mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan mahu fokus dalam penghasilan video untuk saluran Youtube bersama isterinya, Pavithra.
“Sebelum ini kerap ambil cuti sebab bila ramai datang rumah saya kena tolong isteri jaga anak yang masih kecil”.
“Jadi sekarang kami mahu fokus buat video menarik supaya dapat tingkatkan lagi pelanggan dan dapat gaji lebih” lapor Berita Harian.
Semakin bersemangat menghasilkan video yang berkualiti
Selain jumlah pengikut yang kian bertambah dari hari ke hari, membuatkan Pavithra semakin bersemangat mahu lebih fokus dalam penghasilan video.
Kami mahu fokus sebagai Youtuber
“Sekarang suami tidak bekerja dan apa yang berlaku tidak dijangka (mempunyai ramai pengikut), pendapatan pun ok, maka kami nak fokus sebagai pengguna YouTube (Youtuber)”.
Sebelum ini kisah pasangan Sugu Pavithra telah mendapat liputan luas selepas video yang dikongsikan oleh mereka menarik perhatian ramai.
Semoga pasangan Youtuber Sugu Pavithra terus berjaya dan berkongsi lebih banyak video yang bermanfaat kepada semua.