Connect with us

Viral

Pengantin Baru Lelaki Menangis Pada Malam Pertama Rindukan Ibu Di Rumah, Netizen Minta Isteri “Pulangkan” Semula Suami

Kebiasannya, sebaik sahaja selamat diijab kabulkan, pengantin perempuan akan berasa lebih terkesan kerana harus meninggalkan keluarga mereka dan tinggal bersama suami untuk memulakan hidup baru.

Iospital phone repair gombak

Ya lah, dah lama tinggal bersama keluarga tersayang sejak kecil sehingga berkahwin, wanita mana yang tak sebak kan? Tambah-tambah lagi ibu bapa yang dari kecil mengasuh dan menjaga makan pakai kita.

Namun cerita kali ini sedikit lain apabila tular satu video di TikTok baru-baru ini  menunjukkan pengantin baru lelaki menangis sedih pada waktu malam akibat terkenangkan ibunya.

Video yang dimuat naik sendiri oleh isteri kepada lelaki ini, @sfitmly memaparkan suaminya mengesat air mata di atas katil dalam bilik tidur mereka.

Menurut Fit, mereka sepatutnya bermesra-mesraan pada malam pertama mereka namun hal sebaliknya pula yang terjadi. Rupa-rupanya, lelaki tersebut merupakan anak tunggal dalam keluarga.

Selain itu, turut kedengaran suara isteri pengantin lelaki ini ketawa kecil sambil melihat gelagat suaminya yang teringatkan ibunya di rumah.

“Beginilah nikah dengan anak tunggal satu-satunya,” tulis Fit yang berasal dari Indonesia.

Sejak video berdurasi hampir seminit ini dikongsikan pada minggu lalu, ianya berjaya mengumpul tontonan sehingga 1.7 juta manakala meraih sebanyak 182.2 ribu tanda suka!

Meneropong ke ruangan komen, rata-ratanya terhibur melihat si pengantin lelaki. Malah sempat juga warganet berseloroh agar lelaki ini ‘dipulangkan’ semula kepada ibunya.

Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh warganet di TikTok

“telfon mamanya kak, biar di jemput”

“nasip nikah sama anak mami 😭🤸🏽‍♀️”


“mbaaaa, mau ktwa tpi kasian sma laki nya, tpi lucu jga hahaha maaf ktwa dkit😭🤣🙏”

“hantar dia blk rumah mak dia skrg 😭😭😭”

Video yang tular di laman TikTok

@sfitmlyBeginilah nikah sama anak tunggal satu satunya 😂😭♬ suara asli – Fittt

Continue Reading
Advertisement