Connect with us

Viral

Pengantin Perempuan Terpaksa Bertukar Jadi Letty Toretto Gara-gara Tinggal 4 Minit Lagi Nak Menikah

Sebelum melaksankan pernikahan antara pasangan pengantin, kedua-duanya sudah tentu membuat persiapan yang rapi.

Pun begitu, pengantin tidak mampu untuk mengelak daripada perkara yang tidak diingini berlaku.

Malah, ada yang buat hal di saat-saat akhir disebabkan kejadian yang tak disangka-sangka dan tak dapat dielakkan.

Sama kisahnya seperti pengantin perempuan ini apabila terpaksa memandu sendiri ke masjid pada hari pernikahannya kerana hanya berbakikan 4 minit sahaja lagi sebelum pernikahannya berlangsung!

Aksinya itu telah meraih perhatian ramai kerana kebiasannya pengantin perempuan akan dipandu oleh seseorang untuk ke lokasi pernikahan. Namun terbalik pula dengan kisah pengantin ini!

Menurut rakan kepada pengantin, pengantin mengambil keputusan untuk drive sendiri memandangkan jam sudah menunjukkan 3:56pm.

Oleh disebabkan semua rakan-rakan pengantin merupakan pemandu ‘berhemah’, pengantin sendiri yang membawa rakan-rakannya ke tempat menikah.

Tepat pukul 4 petang, pengantin tersebut telah selamat sampai di masjid dan selesai dinikahkan dengan pasangannya.

Pengantin perempuan kelihatan gembira dan bersyukur walaupun hampir lambat ke masjid!

“Alhamdulillah berkat tgk fast furious 9 kali sempat sampai masjid 4pm” seloroh rakan pengantin ini.

Setakat ini, video berdurasi 29 saat yang dimuat naik oleh memanglowkey2_ telah meraih tontonan sebanyak 285 ribu dan 29.3 ribu tanda suka!

Video yang tular di laman TikTok

@memanglowkey2_ Pengantin perempuan lambat dah nak menikah #fypシ゚viral #fypdongggggggg #foryourpage @farzanaaaosman ♬ original sound – sajat.issa

Meninjau ke ruangan komen, netizen terhibur dengan perangai gila-gila pengantin ini yang jarang dibuat orang. Selain itu mereka turut mengucapkan tahniah atas pernikahan pengantin perempuan tersebut bersama pasangannya.

Berikut antara komen-komen menarik yang diberikan netizen di TikTok

“HAHAHAHAHA BERKAT TENGOK FAST FURIOUS SIS SAMPAI ON TIME 🤣”

“Aku pernah silap jln termasuk highway setengah jam sebelum sepupu aku nak nikah. Bawak kereta mcm nak runtuhkan masjid sepupu. Punya laju”


“hahahahahaha nasibb selamat semuanyaa. Selamat Pengantin Baru sis!! 🎉🎉”

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.