Seperti yang dapat kita lihat, hujung tahun merupakan waktu di mana ramai umat Islam di negara ini tidak melepaskan peluang untuk menjadi tetamu Allah di tanah suci.
Bagi yang pertama kali membuat ibadah umrah mahupun haji, pasti akan timbul perasaan teruja dan tidak sabar untuk mendekatkan lagi diri dengan Allah SWT.
Bagaimanapun, sedang jemaah lain khusyuk berumrah, nama pengasas dan pemilik Bawal Exclusive, Haliza Masyuri hangat setelah memuat naik satu video di Masjid Nabawi, Madinah.
Menerusi video yang dikongsikan di TikTok itu, difahamkan dia sedang mengenakan telekung ‘premium’ dengan harga RM6080! Menurut Haliza, niatnya memakai telekung berharga sedemikian agar menjadi tetamu VIP Allah.
“Pakai telekung harga RM6,080. Ini baru tetamu VIP Allah”.
Meskipun wanita itu menjelaskan bukan niatnya ingin riak dengan telekung yang dipakainya, netizen kurang senang dengan tindakan usahawan itu yang memberitahu harga telekung miliknya.
“Bukan riak tapi inilah yang saya pinta pagi petang siang malam. Nak jadi tetamu VIP Allah”.
Ketika meneropong ke ruangan komen, pelbagai pendapat dan pandangan diberikan oleh netizen mengenai telekung riban-riban tersebut.
Dalam pada hantaran itu dikecam oleh segelintir netizen, ada juga yang meminta agar kita semua ambil iktibar daripada perkara yang terjadi.
Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh netizen di TikTok
“Iya betul.. kadang2 sanggup beli baju, brg kemas beribu2.. kenapa bila nk jumpa Allah kita berkira2!! 🥰”
“ustaz wadi anuar penah cakap ruang untuk miskin disyurga banyak 🥰”
“tiada istilah tetamu vip untuk jd tetamu allah… kita semua sama di mata ALLAH S.W.T. ❤”
“Kita semua mmg betul2 tetamu VVIP bila ke Sana…betulkan niat”
“Sahabat2 semua kalau lalu kat fyp kita, kita x yah cakap apa2 kita tgk sahaja… semoga jadi pengajaran pada kita semua… beliau diuji kita pun sdg diuji”
Video yang tular di laman TikTok