Terdapat pelbagai kisah yang dapat kita lihat dimedia sosial tentang penghantar makanan. Bagaimana pun, tugas mereka bukanlah satu perkara yang mudah. Selain berdepan dengan pelbagai risiko, mereka juga perlu memastikan amanah iaitu makanan pelanggan sampai dengan keadaan baik.
Pun begitu, mereka sering kali berdepan dengan kerenah pelbagai pihak, baik daripada pelanggan mahupun pihak pengurusan kediaman.
Seperti yang kita tahu, bagi kediaman yang mempunyai kawalan keselamatan ketat seperti kondominium, rider perlu meletakkan makanan yang ingin di hantar di lobi atau pondok pengawal keselamatan.
Bagaimana pun, lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang rider diminta untuk meletakkan pesanan pelanggan di atas lantai sahaja mencuri perhatian ramai.
Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @amirol1991, dia meluahkan rasa kesal dengan sikap pihak pengurusan sebuah residen mewah kerana tidak begitu cakna kerana gagal menyediakan tempat meletak makanan yang bersesuaian.
“Kawasan bukan main mewah tapi meja pun tak mampu beli. Makanan kena tinggal dekat lantai macam tu.”
“Apabila cakap tak elok makanan letak lantai, boleh guard tu cakap ‘you jumpalah bos saya’. Ini macam ke?”
“Bukan tak hormat security tapi cara dia cakap pun tak elok,” tulis rider tersebut pada video yang dimuat naik di aplikasi TikTok.
Dalam video tersebut, dapat kita lihat beberapa bungkus makanan yang dipesan oleh penghuni di premis berkenaan diletakkan di atas lantai di ruang lobi bangunan dan difahamkan kejadian berlaku di residen jenis kondominium yang terletak di Subang Jaya, Selangor.
“Mak saya ajar makanan jangan letak dekat lantai. Situ tempat orang pijak, situ juga kita letak makanan. Tak elok orang tengok. Makanan kalau kita letak dekat lantai, ibarat sama dengan kaki dah,” tulisnya pada ruangan komen.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen memberikan pendapat masing-masing mengenai video tersebut malah ada yang mencadangkan agar penghuni dapat berbincang solusi terbaik mengenai isu berkenaan.
Antara komen warga maya:
“Sebab tu lah sesetengah rider lagi suka customer standby amik makanan.. mudah.. letak rezeki kat lantai rasa bersalah”
“Kondo aku masa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), sekali je rider letak atas lantai, kena hamun dah JMB (badan pengurusan bersama). Terus ada meja siap label ‘Grab, Foodpanda and parcel’.
“Sia2 bayar yuran maintanance kalau kemudahan penduduk tak jaga”
Video yang tular di laman TikTok:
@amirol1991 kawasan bukan main mewah .. tapi meja pun xmampu beli.. makanan kena tinggal dekat lantai mcam tu..bila cakap tak elok makanan letak lantai .. boleh guard tu cakap u jumpa lah bos sya .. ini macam ke ?? bukan x hormat security ..tapi cara dia cakap pun x elok .. #fyp #security #hormat ♬ bunyi asal – amirol