Pertemuan dan jodoh itu rahsia Allah, tiada siapa yang tahu melainkan Dia Yang Maha Esa sahaja.
Walau sekuat dan selama mana pun sesuatu hubungan itu, jika takdir Allah kata ‘tidak’ maka tidak jadilah ikatan hubungan itu.
Sama seperti kisah yang tular baru-baru ini di laman TikTok di mana seorang pemuda hadir ke majlis perkahwinan bekas kekasihnya sambil menyarungkan kostum watak kartun ‘Teenage Mutant Ninja Turtle’ buat ramai sebak.
Menerusi video yang dimuat naik oleh @encik_dobi itu, kelihatan pemuda itu sedang mengambil gambar bersama bekas kekasihnya yang berdiri di atas pelamin.
“7 tahun bukan waktu singkat. Tapi inilah takdir Tuhan.
“Putus tanpa sebab dan ini penghujung kisah kita,” tulisnya di ruangan video tersebut.
Dalam pada itu, pemuda itu sempat berjumpa dengan bapa bekas kekasihnya itu sambil membuka kepala maskot yang dipakainya itu.
“Penyamaran berjaya sampai habis majlis.
“Sebak dengan orang tuanya. Moga jumpa lagi jika diizinkan-Nya,” katanya.
Paling menyayat hati, bapa bekas kekasihnya itu kelihatan sebak apabila bertemu dengan pemuda itu dan dipeluknya dari tepi.
“Paling tak kuat time ni. Kita dah macam family sendiri selama ni. Maaf datang dengan cara macam ni. Terimalah hadiah perkahwinan yang tidak seberapa ni. Nak beli mahal-mahal tak mampu,” luahnya.
Di akhir video, kelihatan pemuda itu melambai ke arah ibu bapa wanita itu sebelum beredar meninggalkan kawasan tersebut.
Melihat ke ruangan komen, rata-rata warga maya turut berkongsikan pengalaman mereka yang sama kerana boleh ‘relate’ dengan apa yang dirasai oleh pemuda tersebut.
Antara komen netizen:
“masa aku kawen ex aku dtg, duduk betul² depan pelamin..aku pulak yg xsenang duduk atas pelamin…lepas 3bulan aku kawen dia pergi menghadap ilahi…😔”
“aku tahu perasaan die masatu. aku faham kerana aku pernah lalui. siap makan nasi minyak Dan salam pengantin bapak menangis Dan minta maaf pd aku. 😭😭”
Video TikTok yang tular: