Mencari rakan yang baik dalam kehidupan kita adalah sesuatu perkara yang mudah tetapi memiliki sahabat yang sentiasa ada ketika waktu senang dan susah merupakan hal yang paling sukar. Sebab itulah pentingnya kita untuk ‘memilih’ kawan dalam kehidupan.
Seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang wanita di TikTok sempat merakamkan detik-detik menyentuh hati sekaligus boleh membuatkan sesiapa sahaja yang melihat mengalirkan air mata.
Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh @_4clover_ ini, memaparkan bapanya yang sedang dipimpin oleh seorang rakan untuk pergi ke masjid sambil berjalan kaki dengan memegang payung.
Difahamkan, penglihatan bapanya sudah tidak beberapa jelas. Oleh sebab itu, rakannnya ini sentiasa datang dan menjemput setiap kali tiba waktu solat untuk sama-sama ke masjid yang berdekatan.
“Terima kasih pakcik selalu jagakan ayah di masjid semoga syurga buatmu #sahabatsyurga” tulisnya di ruangan kapsyen.
Pengguna ini juga sempat menitipkan ucapan terima kasih kepada rakan bapanya kerana tidak pernah penat untuk selalu menjaga ayahnya ketika berada di masjid.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet turut meluahkan rasa terharu dengan persahabatan mereka dan enyifatkan bukan mudah untuk mempunyai seorang rakan yang setia datang ke rumah untuk sama-sama beribadah di masjid.
Bukan itu sahaja, ada yang mendoakan agar kedua-dua warga emas ini diberikan kesihatan, dipermudahkan urusan dan kebahagiaan dunia akhirat.
Antara komen warganet:
“Allahu the most touching video fyp yang lalu harini..”
“Moga mereka berjumpa disyurga nanti sahabat dunia akhirat..susah nak jumpe..”
“definisi kawan until Jannah …Moga Allah SWT terima segala amal ibadah keluarga awak & reunite you all in Jannah aminnnn..”
“vibe dia macam happy ending gitu hm macam dalam movie huaa im crying !!”
“I can already imagine how both of them would save each other in the hereafter, kawan dunia akhirat..”
Perkongsian yang tular di laman TikTok: