Menjadi seorang pejuang garis dua bukanlah satu perkara yang mudah bahkan ada juga mengambil masa yang lama untuk dikurniakan rezeki zuriat setelah berumah tangga.
Sekuat mana pun ‘pejuang garis dua’ cuba mennguatkan diri apabila rahim belum pernah terisi dengan zuriat, pasti ada satu detik di mana semangat itu akan runtuh sekelip mata. Apalagi melihat rakan atau ahli keluarga sendiri yang kahwin kemudian sudah disahkan hamil.
Seperti kisah yang tular baru baru ini dimana seorang wanita yang dikenali sebagai Nurul Amilin atau Chelin menyerahkan bayi berusia 3 bulannya pada adiknya Nurul Atifah sebagai anak angkat.
Bukan kerana tidak mampu untuk menjaga, kewangan dan sebagainya namun dia menyerahkan si kecil itu demi memberikan adiknya pengalaman untuk menjadi seorang ibu susulan dia belum dikurniakan zuriat setelah berkahwin.
Meskipun dirinya ikhlas menyerahkan anak bongsunya kepada si adik namun sebagai ibu, dia tetap berasa sebak sewaktu detik perpisahan itu.
Dalam masa yang sama, dia juga sempat memberi pesanan kepada orang ramai yang mengecam tanpa usul periksa.
“Kita manusia kena jaga lidah kita bila dalam tutur bicara. Sebab mulut lah tempat paling cepat buat dosa. Terlalu lantang berbicara pun tanpa jaga hati perasaan orang pun dosa yer.” ujarnya
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen turut berada sebak sekaligus kagum dengan pengorbanan yang dibuat oleh wanita ini untuk adiknya.
Bukan itu sahaja, netizen juga berharap si adik dapat menjaga anak tersebut dengan penuh kasih sayang bahkan tidak tumpah seperti anak sendiri.
Antara komen warga maya:
“Terima kasih awak.. awak faham perasaan insan2 yang diuji dengan zuriat ni.. hanya Allah je yang dapat balas.. semoga dimurahkan rezeki awak sekeluarga..”
“Besar pengorbanan, bukan mudah sebenarnya.. moga Adik Chelin dikurniakan zuriat insyaAllah Aamin..”
“Mata masuk habuk.. terbaik laa kakk.. jauh sudut hati tuu nampak keikhlasan kak, Alhamdulillah semoga Allah merahamti akak sekeluarga”
“Betul2 jiwa besar, saya hantar anak kat sekolah pisah kejap pun dah sebak”
Perkongsian yang tular di laman Facebook: