Dalam perniagaan, peniaga perlulah jujur bahkan ikhlas dalam berniaga seperti menjual makanan yang masih dalam keadaan baik.
Selain mendapat berkah dalam berniaga, ianya juga menghindar pembeli dari keracunan makanan.
Pun begitu, lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang wanita meluahkan rasa kecewanya setelah ditipu oleh seorang peniaga.
Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook iaitu Eca Rahimi, dapat kita lihat kentang goreng yang dibelinya sudah berkulat dan rasanya masam.
Difahamkan, peniaga itu telah menutup bahagian atas dengan kentang yang baru digoreng namun di bahagian bawahnya seperti sudah ditinggalkan dalam tempoh yang lama.
Wanita ini juga memaklumkan dia membeli makanan tersebut di Pantai Remis Sungai Sembilang untuk dimakan di rumah namuan terkejut apabila melihat kualiti makanan tersebut yang tidak layak untuk dimakan sama sekali.
Meninjau di ruangan komen rata-rata warga netizen menyifatkan peniaga tersebut tidak ikhlas berniaga malah hanya memikirkan keuntungan semata-mata.
“Kadang-kadang bebola nugget sosej pun diaorang jual yang semalam punya..
Kalau nk beli, baik beli benda yang masak dekat situ.. “ -Netizen.
Bukan itu sahaja, ada juga sebilangan pelanggan yang turut berkongsi pengalaman yang lebih kurang sama dimana ditipu oleh peniaga bahkan ada yang dapat makanan yang berkulat berwarna hijau.
Antara komen warga maya:
“pelik meniaga macam ni hati kering betul”
“bodoh la dia meniaga macam ni.. kena kat aku memang aku baling kat muka dia”
“pernah kena, kebetulan anak terbalikkan tanpa sengaja tup2 dapat yang kaler hijau2”
Video yang tular di Facebook:
Ini bukan lah satu isu yang baharu memandangkan sebelum ini ada kes sebegini, diharapkan para peniaga diluar sana tidak mementingkan diri sendiri dan sematkan sifat ikhlas dalam berniaga.