Connect with us

Viral

Peniaga Nasi Berlauk Tak Lokek Beri Makanan Percuma Kepada Kanak2 Susah, Percaya Rezeki Milik Allah

Bagi mereka yang menjalankan perniagaan makanan di tepi jalan, mesti selalu terjumpa kanak-kanak ataupun orang tua yang kurang berkemampuan sehingga terpaksa tebalkan muka meminta-minta untuk makan.

Iospital phone repair gombak

Bagaimanapun, kebanyakan peniaga bersifat pemurah. Meskipun penat mencari rezeki malam ke siang, mereka tidak lokek bersedekah. Sering juga kita lihat peniaga-peniaga bersedekah kepada golongan susah atas sifat simpati dan faham kepayahan demi mencari sesuap nasi.

Seperti kisah yang bakal dikongsikan ini, seorang peniaga nasi berlauk, Yayar Awang Noh ada memuat naik satu video di TikTok memaparkan sekumpulan kanak-kanak menyinggah ke gerainya untuk makan percuma.

Menjawab pertanyaan ramai, lelaki ini akui dia sendiri tidak mengenali latar belakang kanak-kanak berkenaan. Pun begitu, dia masih memberi mereka makan setiap kali gerainya dikunjungi oleh kanak-kanak tersebut.

“Nampak tak, kalau hujan mereka dah tunggu dekat lorong tu. Anak-anak dah tunggu dekat sana. Sanggup datang berpayung, hujan lebat ni sanggup datang berpayung sebab nak makan.

“Ada yang tanya saya, anak orang miskin ke, anak gelandangan ke? Saya tidak tahu. Budak-budak datang nak makan saya bagi,” ujarnya dalam video yang tular.

Menerusi video berdurasi 54 saat itu, dilihat kanak-kanak tersebut seperti sudah terbiasa dengan lelaki berkenaan sambil masing-masing memilih lauk yang dikehendaki.

Walaupun hujan lebat, mereka sanggup berpayung ke gerainya untuk makan. Dalam pada itu, lelaki ini dipercayai berniaga di Pandan Perdana, Ampang.

Ini bukanlah kali pertama videonya tular tetapi sebelum ini juga disebabkan amalan bersedekah makanan kepada kanak-kanak. Dia turut pernah berkongsi video kanak-kanak berkopiah, dikatakan baru pulang dari surau diberi makan percuma.

Lelaki ini juga menjelaskan dia dan rakan-rakannya akan terus belanja kanak-kanak makan di samping memesan kepada mereka agar tidak membazir.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata memuji sifat pemurah dan baik hati Yayar. Netizen turut mendoakan agar dia dikurniakan rezeki yang melimpah oleh Allah SWT di atas kebaikannya.

Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh netizen

“Alhamdulillah rezeki ko xkan putus sbb beri adik2 ni mkn….moga terus berkembang bisnes ko dik♥️⚘️Aamiin♥️⚘️”

“budak² ni ada kenangan manis utk diingati nnt….”


“Done polo yaya..semog amurah reseki yaya..teruskan berbuat kebaikan ye..semoga allah hadir kan rezeki yg mewah dn hebat buat yaya ye🥰🥰🥰”

Video yang tular di laman TikTok

@sweetyayarhujan lebat pun datang nk makan♬ original sound – Yayar B. Awang Noh

Continue Reading
Advertisement