Lumrah hidup bagi yang mempunyai abang atau kakak, pasti tidak sabar untuk menantikan kehadiran anak buah. Manakan tidak, dengan adanya mereka, ianya menambahkan lagi keceriaan dalam sesebuah keluarga.
Malah sudah menjadi kebiasaan apabila adik menjadi baby sitter untuk anak abang atau kakak apatah lagi jika kia seorang sahaja pakcik atau makcik yang ada, tentu anak buah ‘menempel’ sahaja.
Menjaga budak kecil yang masih dalam fasa membesar ini bukanlah satu perkara yang mudah kerana pada waktu ini mereka sangat aktif dalam meneroka kehidupan dan sememangnya mempunyai pelbagai ragam tersendiri.
Namun lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana gelagat seorang penjaga menjaga anak buahnya ketika melakukan aktiviti bersama mencuri perhatian ramai.
Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @wawamznr, kelihatan seorang gadis bersama dengan seorang budak lelaki sedang berada di sebuah taman permainan.
Pada awalnya, gadis ini telah berpesan kepada anak buahnya itu agar turun tangga secara perlahan-lahan kerana takut terjatuh sambil tangannya memegang budak lelaki tersebut.
Namun apa yang membuatkan netizen pecah perut adalah percakapannya itu seolah-olah berbalik kepada dirinya kerana beberapa saat selepas itu dia kelihatan jatuh tergolek sewaktu ingin turun daripada tangga. Susulan kejadian tersebut, dia cepat-cepat lari dengan muka tebal menahan malu.
Dapat juga kita dengar ada seorang lagi anak buahnya yang mengatakan ‘padan muka’ ketika makciknya terjatuh tangga.
Gadis ini juga sempat memaklumkan anak buahnya mengatakan ayat tersebut kerana mengakui makciknya ini merupakan makcik yang paling kuat menyakat anak buahnya.
Menerusi video lain, dia juga berkongsi sebuah lagi video dimana dia membalas dendam terhadap anak buahnya yang mentertawakannya saat terjatuh daripada tangga.
“Dapat mak mak sedara pun memang kaki buli. Tu yang seronok cakap ‘padan muka’ tu ” katanya
Video yang tular di laman TikTok:
‘Smooth’ betul cara dia jatuh! nasib bai tak adaapa apa yang serius
Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 674.1K tontonan, 88.9K tanda suka, 880 komen dan 939 perkongsian di applikasi TikTok.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur dengan gelagat gadis ini dan anak buahnya dan mereka akui bahawa inilah kenangan manis yang akan dibawa sehinga ke hari tua.
“Last-last dia yang tak tengok bawah” – Netizen
Dalam masa yang sama, para netizen turut ‘pening’ dan berseloroh mengatakan dia tidak tahu siapa yang jaga siapa kerana budak kecik itu selamat tapi makciknya pula yang ‘kecundang’
Antara komen warga maya: