Melangkah sahaja ke bulan Julai, kenaikan harga minyak dirasai oleh setiap rakyat apatah lagi buat mereka yang berniaga bahkan minyak paket pada masa kini sukar untuk didapatkan.
Menerusi satu kenyataan terbaru, Perdana Menteri kita Ismail Sabri mengingatkan para peniaga agar tidak menggunakan minyak paket kerana bekalan dilihat semakin berkurangan di pasaran tempatan.
Ismail turut mengambil contoh situasi peniaga pisang goreng yang menggunakan minyak paket dalam jualan mereka dan mereka sepatutnya membeli minyak masak dalam botol.
“Pakcik makcik yang jual goreng pisang, mereka tak boleh guna minyak masak paket untuk goreng pisang. Itu salah. Minyak masak paket tak boleh digunakan untuk komersial.” Ujarnya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen mengecam kenyataan yang dikeluarkan oleh perdana menteri memandangkan peniaga kecil bukanlah mampu meraih keuntungan yang tinggi dan mampu untuk membeli minyak botol.
Dalam masa yang sama netizen menyifatakan kerajaan sama sekali tidak memahami kepayahan rakyat menghadapi peningkatan harga barang mentah terutamanya buat peniaga kecil dan sederhana.
Manakan tidak, bagi netizen kerajaan sepatutnya mencari jalan penyelesaian bagi mengatasi krisis kenaikan harga dan bukannya menyalahkan rakyat semata-mata.
Pun begitu, Dalam hantaran di Facebook dan Twitter rasmi beliau hari ini, Perdana Menteri berkata, ada pihak yang cuba memutarbelitkan kenyataannya di Dewan Rakyat berhubung penggunaan minyak paket bersubsidi oleh ‘Makcik Goreng Pisang.’
“Sebenarnya, minyak paket yang bersubsidi itu adalah untuk kegunaan domestik bukan komersial.”
“Namun apabila peniaga kecil menggunakan minyak berpaket, adakah kita akan saman mereka? Sudah pasti kita tidak sampai hati untuk mengeluarkan saman terhadap peniaga kecil yang menggunakan minyak paket,” menurut Perdana Menteri dalam hantaran itu.”
“Tetapi kerajaan tidak berdiam diri. Insya-Allah kita akan lakukan yang terbaik dalam menangani perkara ini,” katanya.
Video yang tular di laman TikTok:
Bagaimana pun, video asal yang pernah tular sebelum ini yang memiliki lebih 2 juta tontonan telah pun di ‘take down’ oleh pengguna TikTok tersebut atas sebab-sebab tertentu.