Sebelum ini, sudah banyak kali pihak berkuasa memberi amaran kepada penjaja yang menjual buah jeruk di tepi jalan untuk berhenti beroperasi kerana akan menyusahkan pengguna jalan raya.
Pun begitu, mereka ini masih sahaja degil dan mengingkari arahan. Malah, penjaja yang menjual buah-buahan dilihat bagai cendawan tumbuh selepas hujan.
Beberapa hari lepas, tular satu video rakaman dash cam yang memaparkan seorang penunggang motosikal jatuh terseret gara-gara dilanggar oleh sebuah kereta berjenama Nissan X-Trail.
Menurut pengguna Twitter yang memuat naik semula video ini, kereta Nissan X-Trail tersebut pada mulanya ingin mengelak kereta Perodua Axia yang berhenti di tengah jalan untuk membeli jeruk mangga.
Bagaimanapun, tiba-tiba sebuah motor meluncur laju dari arah belakang dan secara tidak sengaja dilanggar oleh Nissan X-Trail yang ingin mengelak tadi.
Bukan itu sahaja, yang lebih membuatkan netizen geram, pemandu kereta berkenaan langsung tidak memberikan sebarang bantuan kepada mangsa. Malah selamba memecut keretanya!
Mujur mangsa tidak mengalami kecedaraan parah. Penunggang motor itu turut dilihat dibantu oleh penjaja jeruk mangga dan seorang posmen yang kebetulan lalu di situ.
Meninjau reaksi netizen di Twitter, rata-rata kecewa melihat tindakan pemilik kereta Nissan X-Trail yang langsung tidak bertanggungjawab ke atas mangsa serta ‘melarikan’ diri.
Selain itu, netizen turut berharap agar penjaja buah ini dapat segera dihapuskan di jalan raya kerana kehadiran mereka hanya akan mengundang kemalangan kepada orang ramai.
Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh netizen di Twitter
Hal ini telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen tidak berpuas hati kerana pemandu tersebut bertindak melarikan diri seolah tidak mahu bertanggungjawab.
Ciapan yang tular di laman Twitter