Seorang lelaki tidak dapat menerima hakikat isterinya memfailkan perceraian bertindak menamatkan riwayat wanita itu.
Jerut leher isteri menggunakan tudung
Lelaki tersebut didakwa menjerut leher isterinya menggunakan tudung sebelum ditemui berhampiran tasik PKNS Pinggiran Cyberjaya, Dengkil, di Sepang, Khamis lalu.
Mangsa merupakan seorang pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Madya Dr Maizatulnisa Othman, 40.
Mangsa ditemui tidak bernyawa di dalam sebuah kenderaan dan dipercayai dilakukan sebegitu oleh suaminya sendiri.
Tidak dapat terima kenyataan isteri failkan penceraian
Suspek dikatakan telah diperlakukan sebegitu kerana lelaki berkenaan tidak dapat menerima kenyataan isteri menfailkan penceraian.
Selain itu, suspek berusia 41 tahun dikatakan cuba untuk menyembunyikan jenayahnya dan berpura-pura mencari isteri bersama anak perempuannya berusia 14 tahun.
Suspek kemudian menghubungi pihak polis memaklumkan menemui mngsa dalam keadaan tidak sedarkan diri jam 1.04 pagi.
Kenderaan mangsa dibawa ke Tasik PKNS, Dengkil
Menurut Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, suspek yang bekerja sebagai sukarelawan badan bukan kerajaan (NGO) itu dipercayai melakukan perbuatan berkenaan di Taman Mas, Putra Perdana, di Sepang.
“Suspek kemudiannya membawa mayat mangsa menggunakan kenderaan dipandunya menghala ke Tasik PKNS, Dengkil pada 4.30 petang Rabu lalu,” lapor Harian Metro.
Suspek keluar bersama anak mencari isterinya
Wan Kamarul berkata, suspek kemudian menukarkan tempat mangsa ke tempat pemandu sebelum mengambil dompet dan telefon simati serta meninggalkan isterinya dalam keadaan enjin kereta masih hidup.
“Dia (suspek) kemudian keluar bersama anak menaiki kenderaan e-hailing konon ingin mencari wanita itu yang tidak pulang ke rumah dari jam 4 petang Rabu lalu”.
“Suspek mengatakan dirinya bersama dengan bantuan pemandu e-hailing dari rumah yang terletak di Putra Perdana sehingga menjumpai kereta yang dinaiki mangsa di tepi tasik PKNS Pinggiran Cyberjaya”.
Punca kematian disebabkan jerutan di leher
“Suspek kemudiannya hubungi pihak polis apabila mendapati isterinya tidak bergerak,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Wan Kamarul berkata, pemeriksaan pihak polis yang tiba di lokasi kejadian dapati tiada sebarang kecederaan pada badan mangsa melainkan telefon bimbit dan beg duit yang tiada bersama dengannya tetapi gelang emas masih berada di pergelangan tangan kiri.
“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang bagi tujuan bedah siasat dan hasil bedah siasat yang dijalankan pada Khamis lalu mendapati punca kematian adalah disebabkan jerutan di leher”.
Lelaki itu marah kerana mangsa tetap mahu bercerai dengannya
“Siasatan yang dijalankan ke atas suami mangsa mendapati hubungan kedua-duanya mempunyai masalah kerana lelaki itu melafazkan cerai pada pada 24 Jun lalu,” katanya.
“Siasatan mendapati, suspek menjerut leher wanita itu kerana terlalu marah selepas bertengkar berkaitan perceraian yang mahu difailkan mangsa”.
“Mereka sudah berkahwin pada 2005 dan dikurniakan seorang anak perempuan berusia 14 tahun,” katanya.
Hana sentiasa sayang Mama, terima kasih Mama
Sementara itu, menerusi salah satu paparan komen yang dipercayai ditulis oleh anak mangsa yang dikenali sebagai Hana Saffiyyah, meluahkan rasa rindunya terhadap ibu yang tercinta.
“Hana harap mama tahu, yang mama sentiasa disayangi orang di keliling mama. Hana sentiasa sayang mama. Terima kasih mama”.
Mama ditimpa ujian demi ujian lalu tiba masanya untuk mama pergi
“Mama ditimpa ujian demi ujian lalu tiba masanya untuk mama pergi. Hana rindu mama sangat-sangat. Semoga kita ditemukan semula arwah mama sayangku. Al Fatihah.”
Menerusi tulisannya, remaja berusia 14 tahun itu menyatakan kerinduan dan redha dengan pemergian ibu yang tercinta setelah begitu banyak ujian yang ditempuhi arwah.
Semoga Hana tabah dan kuat menghadapi situasi yang getir dalam hidupnya dan membesar menjadi anak yang baik.