Connect with us

Semasa

[VIDEO] Penunggang Motosikal Maut Digilis Lori Gara-gara Pemandu Buka Pintu Kereta Secara Tiba-tiba

Tindakan seorang wanita yang membuka pintu kenderaannya secara tiba-tiba menyebabkan seorang penunggang motosikal maut akibat digilis lori dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di Jalan Taming Sari di Taiping, semalam.

Menerusi laporan Kosmo, dalam kejadian kira-kira pada pukul 1.20 tengah hari itu, mangsa, Yap Chee San, 38, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat cedera parah di bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Osman Mamat berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku ketika mangsa sedang menunggang motosikal jenis Yamaha itu sedang menghala ke arah Taman Tasik.

“Tiba di lokasi, seorang wanita berusia 52 tahun yang memandu kereta jenis Proton Wira secara tiba-tiba membuka pintu keretanya menyebabkan mangsa tidak sempat mengelak dan melanggar pintu kereta berkenaan.

“Akibat pelanggaran tersebut, mangsa tercampak ke tengah jalan sebelum digilis sebuah lori dipandu seorang lelaki berusia 53 tahun yang berada di laluan sama,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, ketika kejadian, lokasi kejadian adalah laluan lurus dua hala menuruni bukit yang sesak dengan kenderaan.

“Mangsa maut di tempat kejadian, sementara pemandu kenderaan lain tidak mengalami sebarang kecederaann.

“Sepasukan anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Buloh terpaksa dipanggil untuk membantu mengeluarkan mangsa. Sebuah kren juga terpaksa digunakan untuk membantu dalam operasi berkenaan,” katanya.

Satu klip video rakaman dashcam dari kenderaan saksi di belakang tular di media sosial yang jelas menunjukkan wanita berkenaan membuka pintu tanpa memeriksa keadaan laluan di belakang menjadi punca kemalangan tersebut.

Rata-rata netizen menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa dan menggesa agar hukuman setimpal dikenakan kepada wanita tersebut.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.