Senegal menjadi pasukan Afrika pertama yang memenangi perlawanan di Piala Dunia 2018. Kemenangan 2-1 menentang Poland pasti membuatkan penyokong sangat gembira dan berpesta dengan meriah.
Mereka melemparkan segalanya yang ada dari topi, wisel hinggakan membaling botol di udara untuk meraikan kemenangan di dalam stadium. Walaubagaimanapun, para penyokong tidak meninggalkan stadium dalam keadaan kotor. Mereka beramai-ramai membersihkan semua sampah di dalam stadium.
Peminat Jepun pula pasti mempunyai alasan yang kuat untuk berpesta pada malam Selasa. Pasukan mereka memenangi perlawanan pembukaan dengan menewaskan Colombia 2-1, dan memastikan kemenangan pertama pasukan menentang pasukan Amerika Selatan.
Dilengkapi dengan beg sampah besar yang dibawa, para peminat Jepun berbaris untuk memungut sampah, dan meninggalkan stadium dalam keadaan yang bersih.
Dan bukan buat pertama kalinya – penyokong “Samurai Biru” tidak pernah gagal menunjukkan akhlak yang baik.