Rakyat Malaysia ketika ini pastinya ternanti-nanti sama ada PKPB akan diteruskan ataupun ditamatkan pada 12 Mei nanti.
Persoalan tersebut mungkin terjawab pada petang esok di mana Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan membuat satu perutusan khas.
Perutusan itu bakal disiarkan di semua rangkaian televisyen TV3, RTM, Bernama TV dan Astro Awani serta rangkaian media sosial Muhyiddin, termasuklah Facebook, Twitter dan Youtube jam 2 petang.
Menerusi laman Facebook, Perdana Menteri berkongsikan berita tersebut pada jam 9 malam tadi.
Amanat itu dinamakan Perutusan Khas Perdana Menteri itu kemungkinan bagi menjawab persoalan orang ramai sama ada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan disambung atau ditamatkan.
PKP fasa empat akan berakhir pada Selasa ini selepas Malaysia melaksanakan PKP bermula 18 Mac lalu bagi membendung penularan wabak Covid-19.