Connect with us

Viral

“Perempuan tak salah” Pakai Kaftan Batik Naik Bot, Gadis ‘Stress’ Kain Berkibar Atas Kepala Bikin Dekah Netizen

Kaftan merupakan baju seperti jubah yang mempunyai tangan terus hingga ke kaki di panggil baju layang atau lebih dikenali sebagai baju kelawar. Ia selalunya dibuat daripada fabrik kapas atau sutera.

Di Malaysia, selalunya baju kelawar hanya di pakai sebagai baju tidur atau baju di rumah kerana ia selesa dan sesuai dengan iklim negara ini malah bentuk rekaan baju kelawar yang agak loose memberikan keselesaan kepada si pemakai untuk bergerak dengan bebas.

Pun begitu, kini sudah ada rekaan baju kaftan yang sesuai dipakai ketika keluar berjalan-jalan ataupun bercuti apatah lagi ianya mempunyai perlbagai warna dan design yang menarik.

Namun, lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana baju yang dipakainya semasa menaiki bot laju di sebuah pulau tidak mahu memberi kerjasama.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok @fettyrusly45, kelihatan gadis itu sedang menaiki speedboat bersama kawan-kawannya.

Tapi apa yang melucukan adalah angin sangat kuat ketika itu telah menyebabkan kaftan berwarna pink yang dipakainya berkibar sampai naik ke atas kepala.

Dapat kita lihat gadis itukelihatan tidak selesa sehingga terpaksa duduk dan menahan bajunya daripada berkibar dek kerana angin yang kuat.

Video yang tular di laman TikTok:

@fettyrusly45 snorkeling on 🏖 #pulauredang #penyu ♬ bunyi asal – Fizi Omar

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 1.5M tontonan, 51.4K tanda suka, 1318 komen dan 1505 perkongsian di applikasi TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur dengan reaksi muka stress akak ni kerana bajunya berkibar-kibar dan terpaksa membetulkannya berulang kali.

Malah dalam masa yang sama para netizen berseloroh mengatakan semua ini gara-gara angin yang salah dan bukannya perempuan tu yang memakai baju tersebut.

Bukan itu sahaja, ada yang menyalahkan abang bot kerana membawa bot dengan laju kerana pada pendapat mereka perempuan tidak akan pernah salah dalam bab-bab ini.

Berikut merupakan komen warga maya:


Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.