Ibadah Haji adalah Rukun Islam yang kelima yang menjadi impian setiap insan yang beragama Islam malah ianya menjadi penyempurna ibadah.
Kalau tak mampu menunaikan haji, sekurang-kurangnya dapat sekali melaksanakan ibadah umrah sudah memadai. Jadi tidak hairanlah jika ada yang mengimpikan untuk menjejakkan kaki di bumi Mekah bersama ahli keluarga.
Namun lain pula ceritanya dnegan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang kanak-kanak perempuan yang mengerjakan ibadah umrah dikhabarkan jatuh sakit sebelum meninggal dunia dipercayai akibat demam panas dan jangkitan kuman mencuri perhatian ramai.
Difahamkan, Nur Alesha Ammara Mohamad Amirul menghembuskan nafas terakhir di Madinah dan dikebumikan di tanah perkuburan Jannatul Baqi Madinah yang terletak di dalam kawasan Masjid Nabawi.
Khabar pilu itu telah dikongsi oleh bapa saudaranya di Afiq Zulhafiz Afiq menerusi satu hantaran di laman Facebook.
“Mendapat perkahabaran berita yang menyedihkan buat kami sekeluarga, dikhabarkan anak saudara saya Nur Alesha Ammara telah pergi meninggalkan kita pada jam 3.05 petang waktu Madinah Al Munawwarah.”
“Semoga dikurniakan syurga dan ditempatkan di kalangan para solihin aminn yaa Rabbal Alaminn. Terima kasih buat saudara2, sahabat2 handai semua yang mendoakan kesihatan beliau.”
“Buat saudaraku Amirul Zul, perancangan Allah itu sebaik2 perancangan. Allah SWT mengetahui apa yang terbaik buat kalian sekeluarga, semoga dipermudahkan segala urusan kalian disana hendaknya,” tulisnya.
Meninjau di ruangan komen di Facebook, Instagram dan TikTok, rata-rata warga netizen menzahirkan ucapan takziah kepada selurruh ahli keluarga Alesha.
Bukan itu sahaja, netizen juga menyifatkan pemergiannya adalah kematian yang sangat dicemburui ramai terutamanya buat umat islam bahkan menggelarnya sebagai bintang syurga.
Perkongsian yang tular di seluruh media sosial:
Pihak YOY Network mengucapkan salam takziah kepada seluruh ahli keluarga adik Nur Alesha Ammara Mohamad Amirul. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Bermainlah kamu di taman Syurga. Al-Fatihah (Dibaca)