Orang tua selalu berpesan kalau lepas bersalin mesti jaga pantang sekurang-kurangnya 44 hari.
Antara pantang yang paling penting dilakukan adalah dengan memakai stoking.
Ya, mengikut kepercayaan orang dulu-dulu, kalau tak pakai stokin boleh masuk angin melalui kaki.
Walaubagaimanapun, pengamal perubatan moden mempunyai pandangan mereka tersendiri tentang pemakaian stoking selepas bersalin.
Menerusi perkongsian di Facebook, Dr. Muhammad Izzat menerangkan bagaimana pemakaian stoking membantu para ibu di dalam tempoh berpantang.
“Pantang kan? stoking mana? Manaa?”
Biasakan dengar dialog mak-mak kita menegur ibu ibu dalam berpantang untuk memakai stoking setiap masa dan ketika sepanjang tempoh berpantang.
Katanya, angin boleh masuk ke dalam badan melalui kaki yang tak berstoking.
Betul ke?
Emmm, nak berstoking tu takda masalahnya. Tapi kena jaga-jaga stoking ni kadang2 licin tak pasal-pasal jatuh tersembam, satu hal pulak lagi.
Sekadar nak pakai stoking masa tidur utk elakkan kedinginan malam, saya rasa bukan satu masalah besar.
‘Angin’ masuk melalui kaki orang berpantang tak pakai stoking tu saya rasa agak keterlaluan dan tiada kajian santifik yang menyokong kenyataan tersebut.
Ni saya bagitahu, kalau nak berstoking skalipun, guna Ted stokin atau compression stoking lagi elok dari stoking biasa.
Ted stoking ni agak ketat dan betul2 mengikut bentuk kaki – cover tapak kaki sehingga ke betis dan ada yang sampai ke peha.
Dengan stoking yg ketat ini pengaliran darah pada kaki dikekalkan lancar sekaligus membantu mencegah pembentukkan darah beku pada kaki.
Baca betul-betul, sy cakap pakai ted stoking ni untuk cegah darah beku pada kaki bukan cegah angin dari masuk ke dalam badan.
Stoking biasa yg dipakai kebanyakkan ibu tu tak cegah darah beku dari terbentuk pun, nak elakkan sejuk saja bole la pakai.
Kalau rasa menyusahkan nak pakai stokin biasa tu toksah la pakai. Ok saja
Ted Stoking ni pun licin, maka hati-hati bila berjalan. Jangan jatuh mcm nangka busuk dah
Dr. Muhammad Izzat bin Abdul Razak
Pegawai perubatan
Kesihatan wanita & Kehamilan
Semoga perkongsian ini memberi manfaat dan ilmu buat semua pembaca terutamanya yang baru melahirkan anak dan berpantang.
Pingback: Perlu Ke Pakai Stoking Untuk Elak Masuk Angin masa Berpantang? Ini Penjelasan Doktor | aiskepal