Pengeluar air botol dari Malaysia nampaknya akan menerima permintaan yang tinggi dari negara Korea Selatan dan juga peminat K-Pop selepas ini.
Air botol jenama Hausboom itu telah muncul di dalam gambar yang diminum oleh Minho, salah seorang ahli kumpulan K-Pop yang popular di Korea Selatan, Stray Kids.
Foto Minho itu telah dimuatnaik oleh seorang pengguna Twitter, Ain (Chanknots) dan mendapat respon positif daripada peminat kumpulan berkenaan.
Malah, pemilik jenama Hausboom, Azri Zahier Azmi juga dilihat sangat teruja dengan berita itu dan memuat naik semula gambar tersebut di laman Instagram miliknya.
Menurutnya, dia pernah bayangkan minuman keluarannya itu akan dibeli oleh artis KPOP dan mempromosikannya secara tidak langsung.
Ternyata angan-angannya itu kini menjadi kenyataan!
“Ingat tak aku pernah tulis pasal “visualization”? Aku tulis, bila aku export Hausboom to Maldives, aku bayangkan Kim Kardashian, Angelina Jolie atau Brad Pitt akan minum Hausboom and caught on camera.
“Bila aku dah berjaya export to Korea, aku bayangkan yang akan ada artis KPOP minum Hausboom and promote the brand secara tak langsung.
“Alhamdulillah. Apa yang aku bayangkan menjadi realiti!
“Semalam our social media team dapat tahu tersebarnya gambar-gambar artis KPOP minum Hausboom untuk photoshoot diorang. Printed dalam magazines lagi.
“Yang powernya, awek yang notice ni (malaysian) boleh recognize Hausboom walaupun tak nampak sangat label. Warga Twitter yang nak kepastian terus melakukan siasatan dan akhirnya jumpa gambar yang lebih jelas! Hahaha.
“Selalunya, artis-artis ni akan cover label sebab nak protect their interest and taknak “terpromote” brand yang tak bayar diorang. Tapi ni la namanya rezeki.
“Maka ramailah warga Malaysia memburu dan membeli Hausboom sebab idola mereka pun dah minum Hausboom! Alhamdulillah.
“Allahuakhbar. Alam ini hidup in a mysterious way.”
Walaupun minuman tersebut hanya di dalam gambar dan tidak dinyatakan secara terus oleh artis Kpop tersebut, namun ramai peminat yang perasan dan teruja untuk mencuba minuman tersebut.
Rata-rata netizen mengucapkan tahniah kepada team beliau dan mendoakan supaya produk Malaysia ini akan pergi lebih jauh.
Pingback: Permintaan Air Botol Jenama Malaysia Meningkat Di Korea Setelah … – HaaTepok.com