Connect with us

#MalaysiaBaru

Permohonan BPN 2.0 Boleh Dibuat Bermula Hari Ini

Individu yang tidak pernah mendapat sebarang bantuan sama ada Bantuan Prihatin Nasional (BPN) atau Bantuan Sara Hidup (BSH) boleh mengemukakan permohonan baharu mulai hari ini, 15 Oktober hingga 15 November 2020.

Menerusi laporan Harian Metro, permohonan boleh dibuat melalui pautan https://bpn.hasil.gov.my; atau dengan menghantar borang secara persendirian ke cawangan / Pusat Khidmat Hasil (PKH) / UTC LHDNM.

Borang permohonan boleh dimuat turun dari pautan https://bpn.hasil.gov.my.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, pemohon tidak perlu mengemukakan sebarang dokumen sokongan ketika permohonan.

“Kesemua permohonan akan disemak berdasarkan data agensi yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia,” katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur, hari ini.

Baru-baru ini, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan lanjutan agihan BPN yang dikenali sebagai BPN 2.0 membabitkan peruntukan hampir RM7 bilion untuk empat kumpulan rakyat.

Kumpulan pertama yang akan menerima bantuan tambahan RM1,000 ialah golongan B40 seramai 3.7 juta isi rumah.

Kumpulan kedua RM500 kepada 3.8 juta (B40 bujang); ketiga adalah RM600 kepada hampir 1.4 juta (M40).

Kumpulan keempat adalah 1.7 juta kumpulan M40 bujang yang akan menerima RM300.

Bayaran BPN 2.0 akan dibuat dalam dua ansuran, iaitu pada hujung Oktober dan keduanya, pada Januari 2021.

Katanya, bagi golongan B40, bayaran ansuran pertama pada Oktober sebanyak RM700 dan keduanya, (baki) RM300 pada Januari 2021.

Tengku Zafrul berkata, penambahan BPN 2.0 ini menjadikan jumlah keseluruhan inisiatif BPN melebihi RM18 bilion kepada 10.6 juta penerima, yang merangkumi golongan bujang dan isi rumah.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.