Connect with us

Viral

Pernah Bagitau Nak Jadi Cikgu, Wanita Terkejut Jumpa Bekas Kekasih Kerja Di Kedai RM2 Undang Pelbagai Reaksi Netizen

Setiap orang pasti memiliki cita-cita masing-masing bahkan menginginkan pekerjaan yang bagus demi masa depan yang cerah.

Namun, disebabkan oleh situasi, kewangan dan masalah lain, ada individu yang terpaksa melupakan cita-cita mereka dan harus tidak terlalu memilih pekerjaan asalkan pekerjaan tersebut halal dan berkat.
Iospital phone repair gombak
Seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang wanita terkejut melihat bekas kekasihnya bekerja di kedai serbaneka RM2 mencuri perhatian ramai.

Menurutnya, mereka dulu pernah berjanji untuk mengejar cita-cita bersama sebagai seorang guru. Wanita itu juga memberitahu dia juga sedang berusaha dalam kehidupannya.

“Terserempak ex form d ulu-dulu. Saya ingat lagi masa kita couple kita berdua pernah berjanji sebelum kahwin kita akan kejar cita-cita nak jadi seorang guru. Tapi tak sangka terjumpa awak dekat kedai RM2.40. Takpelah saya doakan awak berjaya dunia dan akhirat,” tulisnya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen memberikan pelbagai reaksi tentang video tersebut malah ada juga yang mengatakan tidak ada masalah untuk kerja dalam bahagian apa sekalipun asalkan pekerjaan tersebut halal.

“Tak apa, yang penting tahu nak bekerja. Tak kisahlah kerja di mana” – Netizen

Bukan itu sahaja, ada juga yang berseloroh bertanyakan pekerjaan wanita tersebut sama ada dia sudah menjadi guru atau belum.

Lebih terharu, ramai netizen yang meninggalkan komen menyokong lelaki tersebut dan menaikkan semangatnya kembali sekaligus memerli sikap wanita berkenaan.

Antara komen warga maya:

“Laa abang ni ke.. hari tu baru je nampak dia naik skyline GTR.. tapi memang abang ni tak sombong lah..”

“Itu ex bos saya dulu.. wife dia cantik gila weh..dah la cantik lemah lembut.. dorang selalu belanja staff..”

“Budak ni bagus.. dia ada deal bisnes dengan saya haritu.. alhamdulillah muda2 dah berkembang jadi usahawan.. wife dia lawa gila”


“Ohh haritu dia ni la menang cabutan bertuah SSPN 1 juta.. tapi humble sebab masih nak kerja kat kedai rm2 walaupun dah kaya..”

“Dia ambil pengalaman je tu.. tengah tunggu surat KPM lapor diri kat IPG”

“Akak dah jadi cikgu ke belum”

“Aihhh bos kenapa ganti saya.. sepatutnya kerja ni kerja saya..”


Video yang tular di laman TikTok:

@mek_siti97Tiba2 hati sy sayu tegok keadaan awk..xpelah la awk rezki ALLAH tu luas..sy sndri pom tgh struggle 😭😭

♬ bunyi asal – Bby 🤍 – Ayang awak 😛

Continue Reading
Advertisement