Connect with us

Viral

“Pernah jadi Pak Guard,” Buat 10 Kerja Sambilan, Pemuda Ini Lega Result belajar Cemerlang

Tidak semua daripada kita dilahirkan dalam keluarga yang senang namun itu bukan pengukur kepada sebuah kejayaan. Ada juga yang diantara kita perlu berusaha lebih demi mengecapi segala impian dan cita-cita.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang lelaki berdepan dengan pelbagai dugaan dan ujian sewaktu zaman belajar di Universiti Selangor (Unisel), Shah Alam, Selangor mencuri perhatian ramai.

Memetik laporan mStar, lelaki yang bernama Shah Zakaria, 26 ini pernah melakukan 10 jenis kerja sambilan seperti berniaga air di bulan puasa, sales promoter, buggy driver, mengajar kelas tambahan dan banyak lagi semata-mata untuk mencari wang demi meneruskan kehidupannya sebagai mahasiswa.

“Masa saya belajar dulu saya buat pinjaman PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional) sebab keluarga saya orang susah. Ayah saya dah meninggal masa saya umur enam tahun lagi. Adik beradik semua tak nak susahkan mak masa tu sebab dia pun tak kerja. Cuma ambil upah jahit baju dan mengasuh anak jiran-jiran je.”

“Walaupun saya buat pinjaman PTPTN, tapi tak cukup. Setiap semester saya dapat RM4,000 jumlah pinjaman, tolak yuran setiap semester RM3,600 ada baki RM400 sahaja untuk saya survive.”

“Macam orang lain boleh minta dekat mak ayah kalau tak ada duit, tapi saya tak sanggup pula nak bebankan mak, jadi saya ambil keputusan untuk kerja part time,” katanya yang mesra disapa Shah.”

Shah juga sebelum in pernah bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah pusat beli belah sebelum kini bertugas di sebuah syarikat gas dan minyak di Kuala Lumpur.

Tidak cukup denan itu, bak kata pepatah, sudah jatuh tertimpa tangga, Shah pada ketika itu kerosakkan telefonpintan selama lebih 2 bulan meyebabkan dia sukar untuk berhubung atau berkomunikasi, sama ada untuk urusan belajar atau bekerja.

“Kebetulan phone rosak tu cuti semester jadi saya kerja sebagai guard nak cari duit baiki phone saya. Kerja jadi guard dekat mall ni kena berkomunikasi dengan rakan setugas lain… dah tak pakai walkie talkie macam dulu. Sekarang guna aplikasi dalam phone sahaja.”

“Disebabkan masalah tu, guard lain terpaksa datang dekat saya kalau nak bagitahu apa-apa info. Masa tu ada kawan saya juga kerja sekali jadi saya banyak pinjam phone dia sampai naik segan jadinya.”

“Saya siap bagi nombor telefon kawan saya tu dekat mak. Nasib baik kawan saya tu OK je boleh faham masalah saya.”

“Bila tak ada telefon masa tu bosan jugalah. Balik kerja saya termenung je. Laptop abang bagi pinjam untuk buat assignment pun rosak juga,” kata Shah sambil menambah dia bekerja selama dua bulan dengan gaji bulanan RM1,800.”

Apa yang leih menyedihkan adalah dia hanya membawa kentang dan nugget sahaja sebagai bekalan semasa pergi bekerja dahulu dan terkadang terpaksa menolak pelawaan rakan untuk melepak di kedai makan demi berjimat.

“Pernah juga satu pek mi segera yang ada lima bungkus tu, saya jimat makan untuk seminggu. Sehari saya hanya makan satu bungkus sahaja.”

“Bila kawan ajak lepak bukan saya tak nak tapi saya nak jimat. Saya segan nak cakap saya tak ada duit. Ada juga kawan cakap mix and match dekat Mc’Donalds tu baru RM6, tak kan tak boleh kot?”

“Bagi mereka mungkin tak besar jumlah tu, tapi saya makan untuk hidup, bukan hidup untuk makan… memang berbeza dengan mereka. Tapi saya OK je bila mereka cakap macam tu sebab tak tahu apa yang saya alami,” ujarnya.

Bagaimanapun, melalui perkongsian di akaun TikTok yang tular baru-baru ini, dia berjaya membuktikan bahawa kejayaan tidak pernah megkhianati usaha dimana pemuda ini memperoleh anugerah dekan kelas pertama dan mendapat pengecualian bayaran balik PTPTN.

“Alhamdulillah rezeki saya tak payah bayar balik pinjaman. Walaupun perjalanan zaman belajar saya perit tapi Allah dah atur cantik dan adil untuk saya sebab Dia nampak usaha saya.”

“Salah satu sebab saya tekun belajar sampai boleh dapat dekan ni saya fikir mak saya juga. Saya tetapkan dalam kepala saya, jangan putus asa dalam apa juga saya buat. Saya belajar untuk berjaya, saya kerja sambilan pun saya fikir nak buat betul betul. Bagi saya, kalau bukan diri sendiri, siapa lagi nak tolong saya, tambahnya lagi.”

Video yang tular:

@shahzakariaz Alhamdulillah #fypシ #ptptn ♬ W.H.U.T – Aisha Retno

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.