Siapa yang tidak kenal dengan pelakon popular Fattah Amin ini? Namanya sering menjadi bualan hangat dan perhatian netizen sejak dahulu lagi. Bukan itu sahaja, Fattah Amin yang pernah membawakan watak sebagai Kapten Ejaz dalam drama ‘Suri Hati Mr Pilot’ pernah menjadi fenomena serta mencipta rekod drama tertinggi di Malaysia.
Seperti yang kita sedia maklum, Fattah Amin atau nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd Amin ini pernah digelar pelakon ‘kayu’ apabila membintangi drama ‘Playboy Itu Suami Aku’ lakonan bersama Nur Risteena. Malah ada yang mengatakan dia masih kurang persediaan sebagai aktres.
Namun siapa sangka, saban hari ramai yang memberi pujian mengenai lakonannya kerana semakin mantap dan hebat. Lebih-lebih lagi dalam filem pecah panggung Mat Kilau. Bukan itu sahaja, netizen juga yang berpendapat bahawa suami kepada pelakon Nur Fazura tidak lagi kaku serta seronok untuk ditonton.
Dalam pada itu, seorang pengguna di laman Twitter telah memuat naik satu ciapan yang memuji lakonan Fattah kini semakin ‘improve’ dan berseloroh mungkin adalah berkat didikan isterinya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga maya juga bersetuju yang dikatakan oleh pengguna Twitter tersebut tentang kemajuan lakonan Fattah Amin dalam sebuah drama. Bukan itu sahaja, ada yang turut mempuji
Antara komen warga maya:
Perkongsian yang tular di laman Twitter: