Connect with us

Viral

Pernah Dihina Mandul Sampai Tertekan, Instafamous Akhirnya Hamil & Reaksi Suami Undang Sebak Netizen

Setiap pasangan yang sudah mendirikan rumah tangga sudah pastinya menanti kehadiran cahaya mata dengan penuh sabar.

Namun, tak semua pasangan diberikan ‘rezeki’ untuk hamil sejurus selepas kahwin (bunting pelamin) dan terdapat pasangan yang perlu menunggu bertahun-tahun dan melakukan pelbagai ‘alternatif’ sebagai solusi

Sekuat mana pun ‘pejuang garis dua’ cuba mennguatkan diri apabila rahim belum pernah terisi dengan zuriat, pasti ada satu detik di mana semangat itu akan runtuh sekelip mata apatah lagi jika ada yang mempersoalkan tahap kesuburan seseorang wanita tersebut.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini yang berlaku kepada Instafamous dan isteri kepada Youtuber terkenal Alief Irfan iaitu Bella yang dulu pernah dihina mandul mencuri perhatian ramai.

Dia menerima pelbagai kecaman dan pernah dituduh mandul apabila masih belum dikurniakan rezeki anak sehingga menyebabkan wanita tersebut tertekan dengan perkara itu.

Terbaru, Bella berkongsi berita gembira apabila dia akhirnya disahkan positif hamil menjelang ulang tahun perkahwinan kedua.

“Alhamdulillah .. terima kasih ya Allah atas rezeki yang diberikan..Penantian tepat 2 tahun , akhirnya Allah tiupkan malaikat kecil dalam perut”

Menerusi sebuah video yang dimuat naik di laman Instagram miliknya, instafamous ini menangis teresak setiap kali membuat ujian kehamilan kerana tiada satu pun bergaris dua.

Tidak cukup dengan itu dia juga sempat menyelitkan beberapa keping tangkap layar yang memaparkan beberapa orang pengikutnya yang menghina dengan sangat kasar.

“Dengan berbagai dugaan , hinaan & kecaman yang dapat selama 2 tahun ni . Ada yg cakap saya mandul . Ade yg cakap kami x bernasib baik . Allahu akbar!”

Namun apa yang lebih sebak adalah Bella juga membuat surprise kepada alif dengan memberikan sebuah kotak yang mengandungi baju bayi.

Situasi semakin sayu apabila Alief terus menangis seakan tidak percaya sambil dipeluk erat teman-teman rapat.

Bella juga sempat memberikan pesanan agar orang ramai lebih bijak dalam menjaga sensitiviti dan tidak sewenangnya menghina orang lain sehingga mengakibatkan tekanan kepada seseorang.

“Cuma nasihat bella untuk semua org kat luar sana . STOP untuk hina org lain , lagi2 korang x tau perjuangan mereka yg nak dapatkan anak . Nampak diorg senyum , tapi dalam sumpah diorg sedih & down . Kalau boleh mulut jaga tau . X baik mempertikaikan rezeki dari Allah swt . Allahu akhbar .”

Video yang tular di laman Instagram:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Bella | 27 (95) (@bellestrelle)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Bella | 27 (95) (@bellestrelle)

Semoga malaikat kecil yang menghuni rahim Bella sentiasa berada dalam keadaan sihat dan dipermudahkan urusan bersalin.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.