Connect with us

Selebriti

Pernah Dijemput Buat Persembahan, Raihan Kongsi Kenangan Dengan Ratu Elizabeth II

Terdahulu, kerabat tertinggi di Raja United Kingdom Ratu Elizabeth II atau nama sebenarnya, Elizabeth Alexandra Mary mangkat di Istana Balmoral, Aberdeenshire, Scotland pada usia 96 tahun awal pagi tadi selepas 70 tahun bertakhta. Putera sulung Ratu, Putera Charles akan segera diangkat sebagai Raja.

Susulan berita tersebut, seluruh dunia mengucapkan takziah dan mengimbau kembali kegemilangan pemerintahan baginda. Pun begitu, selebriti artis Malaysia juga tidak ketinggalan untuk berkongsi kenangan bersama Ratu Elizabeth II di platform media sosial.

Siapa yang tidak mengenali kumpulan nasyid Raihan yang sangat terkenal suatu ketika dahulu ini? Namun sehingga sekarang lagu mereka masih terngiang.

Umum mengetahui, Raihan ialah sebuah kumpulan nasyid Malaysia yang membawa erti haruman dari syurga. Kumpulan ini ditubuhkan bersama Farihin Abdul Fatah pada tahun 1996. Anggota asal kumpulan ini ialah Azahari Ahma, Nazrey Johani, Abu Bakar Mohd Yatim, Che Amran Idris dan Amran Ibrahim.

Terbaharu, kumpulah nasyid terkenal Raihan telah berkongsi satu foto kenangan bertemu dengan Ratu Elizabeth II sewaktu baginda berkunjung ke Malaysia.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh Raihan di laman Instagramnya itu, mereka memberitahu Ratu Elizabeth II pernah menjemput kumpulan Raihan untuk membuat persembahan di Edinburg.

“Raihan pernah dijemput Ratu Elizabeth II untuk buat persembahan nyanyian pada mesyuarat ketua-ketua kerajaan Komanwel di Edinburgh.Gambar di atas adalah sewaktu Raihan menerima kunjungan Ratu Elizabeth II di Studio Synchrosound, Petaling Jaya” tulisnya di ruangan kapsyen.

Dalam pada masa yang sama, mereka mengajak para peminat-peminat kumpulan itu untuk menghadiri konsert mereka yang berjudul Garis Masa Concert Raihan pada bulan November depan di Stadium Melawati Shah ALam.

“Kami akan bawakan banyak lagi kisah-kisah kami menuju ke Garis Masa Concert Raihan akan datang,” katanya.

Sekadar info, kumpulan nasyid Raihan adalah artis Malaysia ketiga yang buat persembahan nyanyian di Royal Albert Hall, selepas Sudirman dan Siti Nurhaliza.

Perkongsian yang tular di laman Instagram:

Continue Reading
Advertisement