Connect with us

Selebriti

Pernah Dipanggil Arang, Ibu Buka Kisah Haneesya Hanee Dihina Sejak Sekolah Rendah Lagi

Di sebalik kemenangan dinobatkan sebagai Dewi Remaja 2018/2019, ada kisah sisi lain yang harus anda tahu mengenai  Haneesya Hanee Sayed Sahlan.

Isu warna kulit agak gelap yang mana agak cliche bagi individu yang merasakan berkulit putih lebih cantik pernah membuatkan  Haneesya menangis.

Menurut ibunya, Norhasnida binti Hassan, 47 isu warna kulit anaknya sudah bermula ketika anaknya di sekolah rendah lagi.

Biar terluka tentang isu warna kulit  namun bila anaknya diejek termasuk kawan-kawan pernah meletakkan perkataan arang di atas meja anaknya yang kemudian menangis pulang dari sekolah tapi Norhasnida sentiasa memberi galakan buat anaknya.

Percaya atau tidak, sebagai ibu  Norhasnida sanggup menjemur dirinya di tengah panas agar kulitnya menjadi gelap.

“Ini pengorbanan yang saya lakukan. Saya tak sanggup tengok anak menangis bila balik dari sekolah,” katanya memaklumkan isu warna kulit juga dihadapi anaknya ketika memasuki sekolah menengah hingga ke hari ini.

Menjelaskan berbangga dengan kejayaan anak sulungnya dinobat sebagai Dewi Remaja 2018/2019 jelas Norhasnida kejayaan anaknya ini adalah kejayaan bagi remaja yang sama seperti anaknya.

Malah untuk menginspirasikan anaknya jelas Norhasnida, dia menjadikan kejayaan Tyra Banks dan mereka yang berkulit gelap lain sebagai inspirasi.

Dalam pada itu, Hanee juga sempat mengucapkan terima kasih kepada mereka yang menyokong dan juga kepada mereka yang sering menkritik dirinya selama ini.

“Keluarga saya sangat menyokong terutamanya mak saya. Tanpa dia, memang susah lah dan kepada ‘haters’, terima kasih atas semua cacian dan makian anda, saya berada di sini sekarang kerana anda semua juga,” katanya lagi.

So anda semua, tak kisahlahkan warna kulit. Paling penting anda boleh buat apa saja asalkan berbakat.

Kalau Haneesya Hanee boleh buat, anda juga boleh.

Sumber: Remaja

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.